Saturday, 20 December 2014

Sakit gigi

Assalamu'alaikum

Cerita semalam...
Jumpa doktor gigi sebab nak tampal gigi berlubang.
Serius seriau sebab dengar-dengar kalau cabut gigi sangat sakit.

Betul ker sakit,bukankah di bius dulu,ntah la nak cakap pun tak pandai sebab takde pengalaman cabut gigi.
Jadi smlm pergi jumpa doktor sebab gigi yang berlubang tu makin dalam lubangnya dan sesekali terasa sakit dan ngilu.

Habis tak kan nak tunggu gigi tu reput sendiri pulak kan atau nak cari penyakit tunggu makin lama kang sakit makin teruk baru padan muka kan...

Jadi keputusan nya hari ni cuma tampal letak ubat dulu...balik dalam seminggu datang balik jumpa doktor dan baru dia akan decide samada nak tampal biasa,atau buat rawatan akar...(Klik sini)

Sebenarnya ianya bergantung pd gigi tersebut kalau dalam tempoh tersebut gigi yg di letak ubat tu tak sakit maka gigi tu kena tampal jer.Dan kalau gigi tu ada rs sakit dalam tempoh tu,maka rawatan akar gigi akan dibuat..

Hahhh yang rawatan akar ni tau dah camana sebab dah penah buat 5/6 tahun lepas.So tunggu je lah seminggu lagi..harap2 tak sakit lah gigi ni,sebab kalau sakit, maka kena buat rawatan akar tu yg tak tahan tu..Tak tahan nak membayarnya lah.Sebatang gigi RM350..Mak aihhh mahai gila..Itu satu gigi,ini tadi dua batang gigi sekali pulak tu yang berlubang...

Moral of the story kat sini...rajin-rajin lah gosok gigi yer adik-adik..Jangan lupa dalam sethn tu sekurang-kurang nya kena jumpa doktor 2 kali. untuk pemeriksaan gigi...

Ok sekian,jumpa lagi In shaa Allah...

Friday, 19 December 2014

Assalamu'alaikum

Ya Allah susahnya nak kesini..sesat barat..

Akhirnya!

Thursday, 12 December 2013

11.12.13

Assalamu'alaikum...

salam semua..lama tak jumpa..nak juga tulis something pada hari yg cantik tarikhnya ni...
2013 tinggal berbaki beberapa hari jer lagi..semoga tahun yang mendatang ni akan memberi semangat baru kepada kita..Hurmm tahun 2014...anak-anak dah tinggal 4 org jer yang bersekolah..si kakak yang sulung tu bakal masuk universiti..In Sha Allah..harap2 keputusan SPM dia cemerlang..Sementara menunggu keputusan ni melepak jer makan tidur kat rumah..Nak minta kerja pun alang2 sebab bulan depan dah nak kena mendaftar ke PLKN..Apa nak buat dah dapat kenalah pergi..ada juga kawan2 dia yang tak dipanggil..dapatlah diorang merasa pengalaman bekerja sementara nak tunggu keputusan keluar....Sementara kakak sebulan kat rumah ni hari2 jadi cikgu tusyen untuk adik2 dia..dapatlah duit poket abah dia kasi..hahaha..bolehlah buat beli top up..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...