KUALA TERENGGANU:
“Bayangkan perasaan anak saya apabila kawan-kawan memanggilnya hantu. Kejadian itu menyebabkan dia menjadi semakin pasif dan enggan ke sekolah tahun depan jika wajahnya belum pulih seperti sediakala.
“Saya sangat bimbang kerana emosinya terganggu, dia baru sembilan tahun dan cuba bayangkan apabila dia semakin meningkat remaja nanti,” kata Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, ibu dua beradik yang cedera teruk di muka apabila disimbah asid oleh bapa sendiri.
Che Ku Zaimah berkata, sebelum ini, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 9, pernah memakai topeng ke sekolah tetapi diejek hantu menyebabkan dia membuka topeng.
“Apabila topeng dibuka wajahnya memang teruk kerana daging pipi membengkak sekali gus menyebabkan hidungnya semakin mengecil dan masih dipanggil hantu,” katanya
Assalamu'alaikum..
Tak tau nak kata apa,tak terkata..hanya deraian air mata yang membasahi pipi sepanjang membaca berita ini.Sedih sangat..tersangat2...bukan boleh dibuat2.Hati seorang ibu sangat terusik dikala melihat sebening wajah kanak2 yang hanya berumur 9 thn,yang terpaksa menanggung beban trauma sepanjang hidupnya.Hari ke hari menanggung derita membawa bersama wajah yang terpalit parut hodoh.Bulan berganti...tahun pula menjelma.Tak sanggup rasanya saya sebagai ibu melihat menatap wajah kesayangan berubah sebegini rupa walau seminit cuma.YaALLAh,berilah ibu itu kekuatan hati dan perasaan.Dugaan apakah yang engkau berikan.Pasrah dan redha namun....berat lg bahu si ibu memikul derita.
memang sedih dengan keadaan budak perempuan ni....harap2 ada pihak yang menubuhkan badan kebajkan untuk dia buat pembedahan plastik...masih jauh prjalanan dia untuk menempuhi hidup...takut2 jika dia terlalu malu dengan muka dia nanti boleh memberi kesan pada prestasi pembelajaran dia....
ReplyDeleteMyra>>>teknologi perubatan skrg sgt canggih,tp plastik surgery memerlukan duit yg banyak.. kos nya sgt mahal,tabung dana perlu ditubuhkan utk itu.masalahnya siapa yg sanggup..
ReplyDelete