Tuesday, 23 December 2014

Cerita Buku.

Assalamu'alaikum...

Ya Allah sekejapnya masa berlalu..lagi berapa hari jer lagi dah masuk tahun 2015.Persiapan anak-anak nak masuk sekolah dah siap ker korang?Kalau saya dah siap belaka.Tapi abang,tahun ni dia nak pegi beli sendiri.Hari tu orang sibuk-sibuk pergi beli pakaian sekolah dia tak nak ikut.So beli pakaian adik -adik jer dulu.

Ini pulak cerita semalam....pergi kedai buku sekolah,beli buku-buku untuk abang,kaklang, kak cik dan adik.Untuk sekolah menengah diorang dah siap-siap packing untuk setiap tingkatan..Kita tinggal cakap jer untuk tingkatan berapa yang kita nak...dah siap tulis harga di beg plastik tu.Owhh kalau sekolah rendah pulak nak kena cakap dulu darjah berapa kemudian baru buku-buku akan di cari.Sekolah rendah tak boleh buat macam sekolah menengah mungkin sebab ada parents yang tak nak itu atau ini..nak pilih-pilih sendiri.




 Buku-buku yang sebelah kanan tu buku adik dan kak cik.Tahun depan kak cik dah darjah 6,dan adik pulak dah darjah 4..Buku-buku diorang termasuk buku kerja(latihan)Yang belah kiri dan kat atas tu buku-buku abang dan kak lang...buku diorang takde buku kerja cuma buku tulis jer...Untuk buku-buku yang kat atas ni jumlah semuanya RM 242..00.Dasyat kan harga nya..Tau tak pa...bayangkan kalau keluarga yang tak mampu dan ada ramai pulak anak yang bersekolah,sedihnya...




Ini adalah buku-buku latihan adik...nampak kat situ ada yang pelik sikit kan...ada buku sejarah untuk darjah 4 yang sebelum-sebelum ni tak ada pun.Baguslah kecik-kecik lagi dah belajar sejarah.

Alhamdulillah,kerja-kerja membalut buku, kak cik dan kak lang yang ambik alih...Tapi buku-buku latihan ajer yang nak kena balut plastik sebab bku-buku teks alhamdulillah dapat-dapat jer dah siap berbalut.Terima kasih untuk murid-murid yang sebelum ni yang jaga buku-buku diorang dengan baik.

Sekian...jumpa lagi In shaa Allah.

4 comments:

  1. ye la...da tinggal dua minggu je lagi sebelum sekolah di buka semua for sesi 2015, pantas masa berlalu :)

    ReplyDelete
  2. "bumi skrg berputar dgn laju..."

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak pia.

    Seronoknya teringat kat zaman sekolah dulu...semuanya nak yg baru...


    Tq sb jenguk blog umie yang tak berupdate tu,,hehhehe...
    ni blog umie yang berupdate http://www.athiyyah-hannani.com/

    ReplyDelete
  4. "itulah umie..tp akk tk biasakan ank2 dgn semua yg baru.."

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...