Showing posts with label bahasa. Show all posts
Showing posts with label bahasa. Show all posts

Friday, March 25, 2011

Menyentuh Sensitiviti...

Assalamu'alaikum...

Apa khabar semua?Semoga semuanya sihat dan ceria selalu.
Agaknya semua dah tahu pasal NOVEL INTERLOK?
Akhirnya konflik yg timbul akibat penggunaan frasa 'paria' dah berakhir.
Mungkin sesetengah org tak ambil kisah pun pasal perkara tersebut kan..
Tapi itu lah sensitiviti..

Sama jugak yg terjadi dgn filem ...DALAM BOTOL
Sebelum ni kan tajuk nya ANU DALAM BOTOL
Sebelum ditukar kpd ...DALAM BOTOL
Itu pun berkait dgn isu sensitiviti..
Mungkin ada yg pikir tak salah kalau diorang nak kekalkan 'anu dalam botol'
Atau senang kalau tulis jer **** dalam botol atau **** dalam botol

Kesimpulannya kat sini...kita hidup bermasyarakat ,bkn hidup sendiri atau
dgn sekumpulan kecil jer...
Dalam rumah kita sendirilah..saya jamin sebagai ibu bapa tentu kita tidak akan membiarkan
ank2 kita menggunakan perkataan2 yg berunsur negatif dalam kehidupan seharian kan..
Contohnya dalam rumah saya sendiri perkataan2 macam tu mmg dilarang.
korang pernah tak dgr dialog2 yg macam kat bawah ni?

(ini antara dialog ank2 saya yer..sbb tu ada dialek utara tu..)
"hang ni bodoh lah..."
"kakak...awat hang ni gedik sangat?"
"awat la lembap sgt hang ni?"
"bontot hang..."
"kepala hotak hang.."
Macam-macam lagi kan....(tak tertulis kat sini..)
Macamana?
Nak dengar saja?

Jangan hairan dari mana anak2 kita ceduk perkataan2 tu...
Sebab diorang bukan duduk dalam rumah jer 24 jam..

Wednesday, February 23, 2011

Bahasa Melayu yang semakin me.......layu!

Assalamu'alaikum...


Berjalan-jalan di taman digital..(petik kata-kata Amy,yg bermaksud blog walking/bw)pada satu waktu saya terjumpa satu blog yang bahasa nya sangat teruk.Entri-entri di blog tersebut penuh dengan bahasa sms.Tak payah la nak link kan ke sana..tak baik,lagipun saya sendiri dah lupa.....hehehehe.Tuan punya blog pun nampaknya dah kena sound dengan blogger2 lain tentang perkara ni,dan dia ambil peduli...boleh terima nampaknya teguran kawan- kawan.Alhamdulillah.

Perkara ini saya pernah tulis dalam satu entri masa thn lepas...bawah label bahasa.Masa tu saya masih guna kata nama 'aku' dalam setiap entri...sekarang dah tukar kepada 'saya'.Ntah kenapa,tapi saya mengaku lebih selesa bahasakan diri dengan 'saya' sebab itulah saya yang sebenarnya.Boleh ler jenguk ke sana kalau ada kawan-kawan yang terasa nak baca.

Hari ni saya nak timbulkan balik sebab apa tau...seorang kawan telah memberi kepercayaan kepada saya untuk mengajar anaknya siti(bukan nama sebenar) m/pelajaran Bahasa Malaysia(tapi saya bukan cikgu yer..tolong sikit- sikit tu boleh lah..)Maka tiap-tiap petang dari pukul 3.00-4.30 jadi cikgu la kejap.Hari ini......apa yang saya risaukan dulu dah jadi kenyataan.Siti nampaknya dah terbawa-bawa!'Aq' digunakan untuk 'aku' dalam karangan...."kata-kata cikgu tetap aq ingat.....aq tidak akan main-main lagi....aq berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh demi untuk mencapai cita-cita aq blablabla"
GRRRRRRRRRRRRRRRR!

Anak kawan,anak saya juga....semoga kesalahan serius ni tak berulang!

p/s: Selamat berjaya dalam UPSR untuk siti.
Selamat berjaya juga untuk my dear kakak dalam PMR.

Sunday, December 12, 2010

Bahasa mencerminkan bangsa?


(Sumber Google)

Assalamu'alaikum...

Malam tadi....bw dan terjumpa satu blog ni,Budak Nakal Blogspot..satu blog tutorial.Sangat menarik...saya tak tau pun wujudnya blog ni sebelum ni,tapi itulah satu kelebihan blogwalking.Kat blog ni saya dah terjumpa satu tutorial cara cara pasang widget translate google di blog.Kalau korang perasan saya dah pasang widget ni kat atas side bar sebelah kanan tu...

Bagusnya widget ni kepada blog kita ialah apabila ada pembaca blog dari luar...yang tak faham bahasa kita.Saya pernah baca satu komen di satu blog semasa tengah ber blogwalking,berbunyi lebih kurang macam ni "blog yang sangat menarik,tapi saya tak faham bahasa awak"(komen ni dalam bahasa Inggris).Jadi widget ni penting ke tak penting pada korang?Tolong jawab ye.

Saya pun teruskan aktiviti bw malam tadi dan terjumpa 1-2 blog yang pasang widget yang sama.Jadi saya pun cuba la tekan2..dan pilih bahasa Inggris untuk translate,konon2 macam saya ni tak faham Bahasa Melayu.Tapi...apa yang keluar?

Satu lagi bahasa asing yang tunggang-langgang telah muncul.Nampak kelakar sangat.Kenapa boleh jadi macam tu?Sebabnya ialah korang perasan tak bahasa yang blogger2 kita guna...tambah2 pulak blogger2 muda zaman sekarang ni...bahasa yang terlalu ringkas(bahasa S.M.S).Jarang ada blog yang menggunakan bahasa surat/buku sepenuhnya(Saya tak kata tak ada langsung..).Mana lah ada sistem dalam dunia ni yang boleh translate bahasa sms,bahasa pasar dan bahasa2 baru ciptaan sendiri ni...Jadi.,widget tu tak boleh diguna pakai lah yer...?

Monday, October 25, 2010

bahasa budak-budak sekarang..

Salam..
Satu hari tu,aku ada terjumpa telefon bimbit anak aku..(perasan tak..bahasa aku hari ni)...Adakah patut aku tulis macam ni: Satu ari tu terjmpa hanfon anak aku.

Sebenarnya dia tak pernah pun sorok telefon dia tu,cuma hari tu aje aku rasa macam nak on aje.Aku terus tekan kat'messaging' nak tengok juga apa yang selalu dia' sms' kan kawan-kawan dia.

tapi ....Ya Allah..bahasa apa mereka guna?(chewahhh...kdg2 aku guna diorang/depa je..hari ni ada perkatan 'mereka' pulak...)
Tentu semua orang perasan,sejak wujudnya era IT ni..termasuklah dengan telefon bimbit(hand phone/hand set),bahasa anak-anak kita semakin teruk.Bahasa yang mereka gunakan dalam perbualan seharian terutamanya dalam 'sms' dan sekarang ni pulak dalam laman Face Book..sangat2lah teruk.Teruk2..pun aku rasa dah macam nak terikut-ikut dah ni..Tapi aku tak kisahlah sebab aku tak de exam..Macam mana pulak dgn anak2 kita ni yang macam2 exam diorang nak hadapi.Ada tak kemungkinan diorang ni nak ter..kantoi nanti,terutamanya dalam subjek Bahasa?

Kalau zaman dulu2 tu..zaman tok nenek kita dulu la..dah wujud dah masalah ni.Bukan masalah sebenarnya,tapi sedikit menyerong penggunaan bahasa dalam percakapan seharian.Diorang(izinkan!)lebih kepada me..melayukan sesetengah istilah 'orang putih'.Contohnya:gomen,gostan,kasut but dan banyak lagi sebenarnya...tapi yang aku nak cerita hari ni lebih kepada anak2 sekarang,pasal orang2 dulu tu,biarlah ia berlalu..


Budak-budak sekarang pula bukan saja memelayukan istilah engris,tapi siap dengan mengubah habis-habisan dari segi ejaan melayu,kalau dah ejaan nya diubah...macam mana ye nak baca..
tapi nasib baik juga aku ni kategori yang 'alert'.Kiranya aku ni jenis mak yang ambik tau(ambil tahu)..
Sekarang cuba perhatikan pulak bahasa/istilah yang aku terrrjumpa dalam peti 'inbox' dan 'out box' dalam telefon ank aku..

epi giler~ happy gila
ap ar qoe~ apa la kau(apa la engkau)

upe nye~ rupanya
tatao ~ tak tau(tidak tahu)
soey~ sorry
aque/aq~ aku
qoe~ kau(engkau)
die ~ dia
abis uh~ habis tu
men~ main
bek~ baik
len x ~ lain kali
skunk~ sekarang
clunk~ klang
ye lorh~ ya la(iya lah)
ta kesa ar ~ tak kisah la(tidak kisah la)
bowink~ boring
monink~ morning
mscol~ miss call
spew~ siapa
gwaw jew~ gurau je(bergurau sahaja)
tao tape~ tau tak apa(tahu tidak apa)
jap agy~ sekejap lagi
ne ko taw~ mana kau tau(dari mana engkau tahu)
aq bwu pas mndy~ aku baru lepas mandi(aku baru saja lepas/sudah mandi)
ma aq nga ciap~ mak aku tengah siap(emak aku tengah bersiap)
asal lak~ apa pasal pulak(apa pasal pula/kenapa pula)


Aku faham sangat dengan zaman cyber ni,semuanya nak cepat,sampaikan nak tulis mesej pun kena ringkas2 je..Ya lah memang betul tu..kalau nak tulis ayat yang betul2,agak2 esok baru mesej tu sampai kot.Contohnya macam nak tulis"tunggu sekejap,emak aku tengah bersiap"?Nak ringkas punya pasal,diorang tulis macam ni"jap,ma aq nga ciap".Sekali baca,bunyi macam budak2 kecik cakap pelat..Memang ringkas dan senang.Tapi yang aku tak faham ialah..kenapa budak-budak ni suka sangat ubah2 ejaan untuk satu2 perkataan yang memang dah pendek.Contoh:siap~ciap,lagi~agy,baru~bwu,kau~koe/qoe,aku~aq/aque,dia~die(mula2 aku jumpa ni aku ingatkan 'die'~mati..


Pada aku kenapa budak2 ni tak ringkaskan aje tulisan tapi masih boleh faham.Contoh:tengah~tgh(bukannya ~ngah),makan~mkn(bukannya~mam=mamam)...dan macam-macam lagi la..kalau nak tulis kat sini semuanya sampai bulan depan pun belum tentu habis....
p/s:BAHASA MENCERMINKAN BANGSA...dan i luv you kakak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...