Sunday, December 6, 2015
Thursday, May 17, 2012
Mood berkabung...
Tuesday, January 31, 2012
MALAM PERTAMA!
Thursday, October 20, 2011
Dugaan Allah kepada hambaNya...
Tuesday, April 19, 2011
Kesian adik...
Hari ni seperti yg dijanjikan semalam tu nak sambung cerita pasal adik.Demam dan batuk adik alhamdulillah dah baik dah.Tapi lepas tu, timbul pulak penyakit lain.Kesian adik.....tengok lah sendiri.
*
*
*
*
*
*
*
*
Minggu lps tak pergi sekolah 4 hari, minggu ni,tak nak ler ponteng lagi,so walaupun muka adik macam tu,dia kena ke skolah jugak.Saya tak sapu minyak gamat lagi,sbb macam tak sesuai jer.Kali ni saya sapu krim pulak,beli kat farmasi.Kata jurujual kat farmasi tu krim ni insyaallah berkesan.Lagipun krim ni ada antibiotik sekali.Tapi jurujual tu pesan jugak...kalau tak baik dalam masa seminggu kena pergi jumpa pakar kulit.Isshhh,mintak-mintak tu tak ler serius.Harap-harap lps letak krim tu 2-3 kali baik ler kudis tu..
Pagi ni (selasa),nampak macam dah ok.Kuping-kuping kudis tu dah tertanggal,tapi belum betul-betul kering.Kudis ni tak gatal,sbb tak pernah pun tgk adik dok tergaru-garu...
Insyaallah sehari dua ni baik lah tu,kita kena positif kan...
teringat masa kecik-kecik dulu,mulut akan berkudis macam nilah kalau terkena getah buah macang/bacang...(kes makan tak kopek kulit,main gigit jer.....hehehhe)
Wednesday, April 13, 2011
Demam pun ada musim ker?
Entri semalam pasal adik yg batuk-batuk...
Malam ni pun dia masih batuk-batuk lagi...
Malam ni,saat entri ni ditulis adik macam dah nak demam pulak..
Kakcik dia pulak,dok merengek sebab sakit kepala
biasalah si kembar tak sama tahun ni...sorang sakit..
sorang lagi pun otomatik jer..
Hati jadi tambah tak keruan sebab
tadi masa balik dari kelas tajwid...kakak cakap
"Abang tepon....bagitau dia demam"
Sedih sangat.....
Ini kali pertama abang demam sejak dok asrama..
Hati ibu mana yang tak sedih,dah lah dok jauh dari kita
Demam pulak..siapa yang nak lap badan dia supaya panas dia kurang?
Takkan warden pulak?
Apapun semoga anak-anak mami cepat sembuh!
Monday, April 11, 2011
Tak tau nak cakap apa...
Tentu semua orang dah pun baca berita kat atas tu....
Lps baca berita tu saya tertanya-tanya juga kat mana kah tempat selamat anak2 kita nak main kalau kat depan rumah sendiri pun dah tak selamat?
Nak kurung diorang 24 jam ker?Ntah-ntah dalam rumah pun...belum tentu selamat...
Menurut berita, kejadian tu berlaku kat kampung........kalaulah kat kampung pun tak selamat...?
yaAllah,risau nya sebab tiap-tiap hari anak perempuan saya pegi sekolah naik basikal sorang-sorang.Petang pulak dia suka main basikal dengan kawan-kawan pusing2 taman perumahan.Risau sangat-sangat!Mintak dijauhkan...YaAllah!
Sunday, February 13, 2011
Siakap senohong gelama ikan duri
Aktiviti petang hari Ahad,macam biasa la...tengok anak bujang saya kat asrama.Itu pon kalau kena minggu dia tak balik.Sampai2 jer dari jauh nampak dia dan kawan2 dia sedang main bola.Pemandangan normal la kalau budak2 laki main bola kan...Ohh main ragbi rupanya.
Tunggu2 tak datang jugak...(macamana nak datang jumpa kami,dia tak perasan pon kami sampai).
B)Dengki
C)Tak mampu nak beli
D)Masa kecik suka cakap bohong
E)Mak bapa diorang tak ajar
F)Semua di atas
Wednesday, January 12, 2011
Tidur tak lena...

Saturday, December 4, 2010
Derita seorang anak....
KUALA TERENGGANU:
“Bayangkan perasaan anak saya apabila kawan-kawan memanggilnya hantu. Kejadian itu menyebabkan dia menjadi semakin pasif dan enggan ke sekolah tahun depan jika wajahnya belum pulih seperti sediakala.
“Saya sangat bimbang kerana emosinya terganggu, dia baru sembilan tahun dan cuba bayangkan apabila dia semakin meningkat remaja nanti,” kata Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, ibu dua beradik yang cedera teruk di muka apabila disimbah asid oleh bapa sendiri.
Che Ku Zaimah berkata, sebelum ini, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 9, pernah memakai topeng ke sekolah tetapi diejek hantu menyebabkan dia membuka topeng.
“Apabila topeng dibuka wajahnya memang teruk kerana daging pipi membengkak sekali gus menyebabkan hidungnya semakin mengecil dan masih dipanggil hantu,” katanya
Assalamu'alaikum..
Tak tau nak kata apa,tak terkata..hanya deraian air mata yang membasahi pipi sepanjang membaca berita ini.Sedih sangat..tersangat2...bukan boleh dibuat2.Hati seorang ibu sangat terusik dikala melihat sebening wajah kanak2 yang hanya berumur 9 thn,yang terpaksa menanggung beban trauma sepanjang hidupnya.Hari ke hari menanggung derita membawa bersama wajah yang terpalit parut hodoh.Bulan berganti...tahun pula menjelma.Tak sanggup rasanya saya sebagai ibu melihat menatap wajah kesayangan berubah sebegini rupa walau seminit cuma.YaALLAh,berilah ibu itu kekuatan hati dan perasaan.Dugaan apakah yang engkau berikan.Pasrah dan redha namun....berat lg bahu si ibu memikul derita.
Friday, October 22, 2010
seorang kanak-kanak hampir mati didera..
air mata macam dah kering.kering sekering-keringnya.
ini ada satu cerita:
pada suatu ketika dahulu ada seorang kanak-kanak perempuan,yang sangat comel,berusia 9 tahun,mendiami sebuah kampung di sebuah daerah di negeri perak..
nasib kanak-kanak ini sangat malang,kematian ibu pada usia 7 tahun.saudara-mara masing2 berebut-rebut nak mengambil kanak-kanak tersebut sebagai anak angkat.setahun dia tinggal bersama keluarga seorng guru,yang merupakan anak saudara ayahnya.tahun berikutnya,pada usia 9,dia diambil pula oleh saudara paling dekat.kakaknya sendiri..yang pada ketika itu berusia baru 23 tahun,tetapi telah mempunyai 3 orang anak,malah yang sulung telah berumur 8 tahun.
nasib kanak-kanak ini tak di jangka oleh sesiapa,hanya Allah sahaja yang maha menjangkanya.keriangan yang sepatutnya wujud di riak muka seorang budak hingusan..langsung tidak menampakkan kewujudannya.
hari berganti..nasibnya semakin jelas..hari meniti hari..kanak-kanak ini semakin faham kenapa dia begitu diinginkan oleh kakaknya sendiri.bukan untuk disayangi..malah bukan juga sebagai teman bermain anak-anak sendiri.DIA..anak kecil yang baru belajar erti hidup ini,diambil untuk dibela..dan untuk didera.saban hari,saban waktu,masa silih berganti..deraan semakin menjadi-jadi.paling teruk..dia pernah di jirus air panas,yang mendidih di blkg telapak tangannya..aduhhh..dugaan apakah yang engkau berikan kepada dia..sungguh sedih..seorang kanak-kanak malang telah didera sebegitu rupa.setahun lamanya,deraan fizikal..deraan mental..bertalu-talu mendatangi dirinya yang tak berdosa.setahun berlalu.. Allah maha kaya..telah menghantar seorang ayah..yang mungkin mendengar rintihan anknya saban malam,si ayah telah membawa pulang anak ini..maka terlepaslah dia dari seksaan dunia.
MAAf..ungkapan emas yang tak pernah keluar dari mulut si kakak..hingga kini..28 tahun telah berlalu,tidak ada tanda2 si kakak akan memohon maaf dari adiknya,yang sepatutnya dia sayang dan rindu..apapun semoga Allah mengampunkan si kakak.siapakah kanak-kanak itu..?siapapun dia,dia masih hidup hingga kini,dan syukurlah dia tidak mati didera kakaknya sendiri..

