Thursday, November 18, 2010

jantan ada..betina pun ada...

Assalamu'alaikum...

Sejak bertahun - tahun dok klang valley ni,tak pernah kami tak balik kampong kalau tiba time raya.Samada Raya Puasa ataupun Raya Haji..mesti balik.

Tapi tahun ni pulak tak balik...Sedih jugak rasanye...Tapi apa nak buat dah terpaksa.Anak2 dah sekolah semuanya,lain lah kalau anak2 masih kecik,macam dulu2 tu..nak balik kampong bila2 jer..setahun tu kadang2 sampai 4,5 kali.La ni bila ank2 dah sekolah,masalah sikit la..contohnya macam tahun ni,Raya Haji jatuh pada hari Rabu..sedangkan Isnin dan Selasa tu sekolah tak cuti pun..Rabu Raya..Khamis je cuti,hari Jumaat pulak kakak sekolah(last day)..kena pegi sain report card pulak hari tu..

Memang la dah tak belajar, kalau ponteng pun tak kisah..tapi kakak sangat2 kisah..dia ni lain sikit..pantang betul pasal ponteng2 ni.Tapi tak pa..tak balik kampung pun tak de hal lah..kat mana2 pun boleh beraya..cuma kat sini kurang le sikit kemeriahan nya..Abah budak2 cuti kemain sampai seminggu tu..dok umah je la..

Tahun ni...surau kat tempat saya ni buat korban sampai 6 ekor lembu..cik hubby dari pagi sampai ke petang kat surau je,,nolong apa2 yang patut.Dia dilantik sebagai ketua blok..jadi tugas dia tolong bagi2 kan kan daging korban kat blok kami ni..jadi kalau setiap blok ada ketua,semua rumah org2 islam akan dpt daging.Tak la jadi mcm thn2 lepas,saya dengar dari kwn2 yang tak balik kampung..mcm2 hal,pembahagian daging korban tak adil la..ramai yang tak dapat la..ada yang dapat lebih la..macam2..

Patut ke kita buat macam kat indon tu,bagi kupon setiap keluarga untuk tebus daging korban..nampak macam kita hadap sangat daging yang seciput tu kan..Bagi keluarga yang mampu,tak kisah pun pasal daging tu,tapi bagi keluarga yang kurang mampu..itulah satu2 nya hari diorang dapat makan best..

Tak di nafi kan walaupun sekarang ni zaman melennium...masih ada lagi keluarga yang hidup melarat dan kais pagi makan pagi..Kalau tak percaya tengok ler rancangan BERSAMAMU kat TV3 tu.

Cerita pasal menu raya lak..Dah nama pun tradisi raya kat kampung saya tu ialah ketupat palas,maka dengan ini..saya pun try la buat sendiri..yelah kalau kat kampung ,mil saya yang buat..saya tolong tengok2 jer..Ni kena buat sendiri lak..Ni semua pasal cik hubby lah yang suruh buat jugak2.

Asal Raya mesti ada ketupat palas..sebagai isteri mithali..saya pun apa lagi...siap la menelefon mil kat kampung,tanya apa yang patut..kan apa...konfius pasal santan jer,banyak mana nak bubuh..kang jadi bubur lak..daun palas pulak beli kat pasar hari tu..lebar2 semacam..rasanya ni bukan daun palas kot..daun apa pulak nih..hentam saja lah labu...

Risau fikir nanti anak saya tak tau macam mana nak buat ketupat....saya ajak la si kakak tolongkan..boleh jugak dia belajaq2.Nak ajak yang lain..masih kecik2 lagi,mengacau jer depa.....biar la depa tengok je....

Ni ketupat yang kakak buat..ntah apa2..bentuknya tu pelik sikit.Ketupat betina nih..Pasal apa diorang kata bentuk cam tu betina pulak?....confius betul..tapi cuba perati betul2 bentuknya tuh..

Ni pulak ketupat yang saya buat..tidak le sekemas orang2 lama kan..Mil saya kalau buat ketupat,cantik sangat..gambar kat bawah ni saya snap masa hari raya puasa yang lepas..dan kalau perati betul2 kat dalam periuk tu ada 2 jenis balutan..ketupat yang bagian bawahnya lebar sikit tu biras saya yang balutkan,dia ni orang Kelantan..balut stail Kelantan la kan..

N ha..ketupat yang dah siap masak..jom le makan..

Ketupat ni kalau nak makan kena cicah ...apa2 je lah,ikut suka hati masing2.Kat kampung diorang suka makan ngan kari daging,kalau serunding pun sedap..saya buat kari jer..tapi kari ni dah diolah sikit,buat stail rendang,tapi saya gantikan cili kering tu dengan rempah daging Baba's.
Ala..bak kata Dato' Chef Wan tu..masak2 ni kita yang buat dia..suka hati kita la camana nak mengolah..kan..kan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...