Wednesday, November 10, 2010

tak nak..takut!


Assalamu'alaikum...


Ini lagi sorang anak mami..NUR SYASYA QISTINA,lahir pada 28.11.2000.Bermakna hujung bulan ni cukup le umur dia 10 tahun.Semalam citer pasal kak cik..tahniah mami untuk kak cik sebab dapat no 2 dalam kelas,Kira ok sangat2 le tu kalau dalam kelas seramai 35 orang tu dia boleh dapat nombor 2.

Berbalik pasal Kak lang, dia ni anak yang ke 3..Antara kakak dan abang dia,dia lah yang paling slow,sekolah tadika ABIM sampai 2 tahun, kakak,abang dan kak cik start tadika masa umur 6 tahun, kak lang pulak special kes..5 tahun dah start pegi tadika.Dah le yuran sebulan sampai 60 hinggit...cekik darah betul,(kes tak de pilihan..)Tapi kalau dah slow tu slow jugak le..Kesian kak lang..mami tau kadang2 kak lang rasa terpinggir.Pernah satu hari tu mami marah kak lang..pastu kakak terdengar kak lang cakap.."mmg..kak lang ni anak mami yang paling bodoh"."Sumpah mami tak pernah anggap kak lang macam tu"..terasa sendiri atas faktor2 apa ntah.

Kalau nak diikutkan mmg tak adil sebab kak lang pegi tadika 2 tahun berbanding kakak,abang even kak cikTapi demi anak2 mami dan abah rela berkorban.......

Mami pun tak kisah..tapi mami selalu bagi semangat..dan dari semangat itu lah kak lang belajar perlahan-lahan dan semakin menyerlah..walaupun tak la pandai sesangat.

Kalau kakak start darjah 1 sampai la darjah 6 asyik dok kelas pertama je antara lapan kelas yang ada....abang pun sama gak,dari darjah satu sampai darjah 6 kelas first aje tak tukar2..Tapi kak lang sejak darjah 1 sampai darjah 3 melompat-lompat kelas,semua kelas dia rasa..sampai la masa nak naik darjah 4, mami dah risau sangat kot2 turun kelas.

Tiap2 tahun bila habis last year axam,itu lah yang merisaukan mami..."ko maintain ye...naik lagi bagus,tapi kalau turun kelas,siap ko".Tup2 masa last year tu kak lang dapat nombor 3 dalam kelas, w/pun dok kelas ke5..kak lang lompat ke kelas ke 2(UKM).ALHAMDULILLAH.

Dannnnnnn...apa yang paling membanggakan mami ialah kak lang dapat nombor 5 dalam kelas 4UKM dan w/pun kak lang tak dapat hadiah macam kak cik....tapi,Kak lang dapat masuk ke kelas pertama tahun depan(5 UiTM-2011).Alhamdulillah!Ada ramai kwn mami pertikaikan pendapat mami tentang kelas2 tersebut,tapi bagi mami dapat duduk di kelas pertama adalah terbaik dan di samping alasan2 personal mami sendiri.

Dan sepatah kata kak lang bila tau dia dapat masuk kelas pertama.."tak nak ..takut..!"(alasan:budak2 kelas pertama ni pandai2 belaka)

..MAMI LOVE U KAK LANG..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...