Monday, 26 March 2012

Lama betul tak update...nak kongsi cerita adik dan scabies

Assalamu'alaikum...

Hurmmm...last entry hari tu sebelum cuti penggal seminggu..Pastu takde entry lagi kan..aitt tak kan tak balik2 lagi kot dari kampung?Heee..sebenarnya kita dah balik sini dah sejak hari Jumaat minggu lepas lagi ..Ingat nak say hai2 kat kenkawan..tapi banyak pulak musibah yang melanda...Dugaan Allah...anak2 saya demam...Sebenarnya kak cik sebelum balik kampung lagi dia dah demam..Lepas empat hari kat kampung ingat kan leh baik..sampai balik kat rumah sini pun dia masih demam lagi..Pastu berjangkit kat adik pulak..Last2..dengan saya pun sekali demam...Hahh tu lah kan,dah tua2 ni kalau sesekali demam,sangatlah seksanya rasa...Bukan seksa camana,cuma rasa kesian dan terkilan sebab tak dapat nak uruskan rutin harian...sian anak2 ..

Sampaikan hari kakak ngan abang nak balik hostel lps cuti penggal hari tu pun saya tak dapat hantar...Dah lah kain baju pun diorang siapkan sendiri...Nasib koranglah kan...belajar2 buat sendiri tak kan asyik nak harapkan mak korang jer...

Adik pulak,orang cuti penggal seminggu jer...dia disebabkan demam terus sambung sampai jadi 2 minggu...Baru minggu ni baru start sekolah balik nih...Abang pulak slps seminggu sekolah mula,dia lak demam....Ni hah ada kat rumah,sepatutnya dia kena balik asrama hari Ahad kelmarin,tapi sebab dia demam....kenalah balik esok jer...dapat lah M.C sehari...Dalam pada kat rumah nih pakat2 dok demam...kakak pun...rupanya demam jugak..(walaupun dia dok nun kat kusess sana nun)haishhh...habis semua ank2 mami...cuma si kak lang jer lom kena...

Tak cukup dengan demam..sian si adik,kena pulak penyakit gatal2...yang pada mulanya bermula kat 'anu'nya...lelama berjangkit satu badan...Sampai ke hari ni masih belom baik..Dalam pada tu dah pegi jumpa 3 orang dah doktor tak baik2 jugak...Ni sebenarnya citer sblm balik kampung lagi...Tapi penyakit berlarutan disebabkan doktor tak dpt detect punca masalah penyakit adik tu...maka berlarutanlah...

Malah masa balik kampung hari tu pon siap kami pegi jumpa ngan sedara yang pandai 'tengok'..suruh dia tolong tengokkan..(kita berikhtiar kan..)Menurut sedara kami tu penyakit adik tu lebih pada penyakit kulit atau kudis..Kena jumpa doktor pakar kulit..Yelah temujanji dah buat,tapi dah nak balik kampung kena lah postpone kan jumpa pakar tu..

Selepas balik sini jer,kami pun bawa lah dia gi jumpa pakar kulit kat DEMC shah alam pada hari Khamis lepas...22.3.2012...(Lama kan..iyelah paham2 lah doktor pakar ni bukan senang nak jumpa,senarai app penuh manjang)Adoii punyalah lamanya nak dapat jumpa doktor...berjam2 tunggu!Adik dah 'cemuih' tunggu lama...keluar masuk,masuk keluar...dah lah kena tunggu lama..tup2 bila giliran kita nak masuk doktor lak keluar....bertambah la lama lagi kena tunggu...tapi doktor tu pegi solat Asar rupanya....

Ishhh suspen kan,nak tau apa punca masalah gatal2 ngan kulit adik tu..yang sebenarnya dah pun berjangkit kat saya ni..dah tergaru-garu macam kera luku dah gaya nya....cuba baca nie.. Ini ialah satu kisah orang lain yang saya jumpa masa dok menggoogle pasal scabies ni..ternyata memang susah nak baik kalau sekali dah kena.


Lebih kurang macam ni la makhluk scabies tu...Hari tu doktor pun ada tunjuk gak gambar mnatang ni..Gambar je lah kan...sebab macamana nak tgk betul2 sebab ini ialah spesis hama..amat kecik dan tak boleh nampak dgn mata kasar kita..Agak2 kalau nampak maunya aku kutip mnatang tu pastu tumbuk2 ngan lesung batu..hehhe...rupanya hama ni hidup kat bawah lapisan kulit..dan akan menjangkiti sesiapa saja...kalau nak elak kan hama ni kena lah amalkan kebersihan tahap maksima yang boleh..Sekali dah kena pulak,jenuhlah jugak nak membasuh,merebus segala pakaian kat rumah ni..Dah tak larat nak merebus,rendam jer dalam dettol..harap2 berkesan lah kot...

Apapun cukup seminggu kena pegi follow up lagi ngan doktor...ntah nak kena tambah ubat ker tukar ubat ker ntah lah...kalau tgk kat badan adik tu dah hilang dah gatal2 tu cuma kat 'anu' dia tu jer belum baik betul bak kata doktor sebab kat situ merupakan sarang dia...Walau pun kes adik ni tak berapa nak serius...tapi pengalaman ini memang cukup buat saya seram dan ngeri gila....bagi adik lagilah...sbb dia kecik lagi kan...tak dptlah dia nak share perasaan dia tu..tapi sbgai mak,saya kesian sgt ngan adik....tambah2 masa awal2 dia kena dulu..tak tido malam asyik nangis sbb gatal yg amat sgt.....ubat tahan gatal tu pun dah tak lut...

Ok,sekian sampai sini dulu..nanti,cerita2 lagi...Insyaallah.

9 comments:

  1. Kesiannya dengan Adik Pia... kita yg dewasa ni kalau gatal pun kadang boleh jadi kudis sebab digaru inikan pula adik...

    Insya-allah lepas guna ubat pakar ini sembuhlah hendaknya..

    ReplyDelete
  2. eh eh kak pia..mak rasa si along pun ada masalah yg sama cam adik nih la. Dia pun ngadu gatal2 kat 'anu'nya. Menggaru x henti2..kesian sgt kat along.

    Nampaknya nnt nak bwk dia p jumpa doc jgk la. Ubat dah bg,krim gatal pun dah sapu..tp x nmpk berubah pun

    ReplyDelete
  3. kesiannya kat adik....
    harap2 lepas ni sembuh lah ye...

    and iols harap - uols sekeluarga sembuh beb...
    memang lama uols tak update blog... :D

    ReplyDelete
  4. salam kak pia,
    diharap kak pia dan anak2 dah sembuh sepenuhnya ye ...
    klu anak2 demam gigih lagi mak2 boleh siapkan itu ini, tapi klu mak2 yg demam...offline off m/c terus...

    ReplyDelete
  5. kesian adik..mesti seksa menahan gatal..smg cpt sembuh

    ReplyDelete
  6. kak, hama ni mmg x blh mati..dia mmg sentiasa ada kat kulit kita, tmpt kita tido..


    kalau kita ni ada mata supersonik kita akan geli tgk badan kita sendiri sbb benda ni bnyk beribu-ribu..


    yg blh kita buat ialah mesti mandi, alas tmpt tido ganti seminggu sekali, tuala kena ganti selalu, baju dh pakai sekali jgn pakai lagi..


    kesian adik..moga cptlah hilanglah gatalnya..dahla kat anu nk garu takut melecet pulak nnt

    ReplyDelete
  7. salam pia,

    patutlah lama mengilang..
    sebenarnya kita ni pun tenggelam timbul juga..ahak

    berapa umur adik tu pia..
    risau juga kita ni
    sbb budak2 lelaki ni bukan reti
    jaga kebersihan kan..

    mmg nk jumpa pakar susah
    dan lama...jenuh menunggu
    apapun pia pun kena jaga kesihatan
    kerana kitalah yg akan menjaga mereka semua

    ReplyDelete
  8. kesiannya adik....
    semoga cepat sembuh ya......

    ReplyDelete
  9. salam pia


    first time cik ina kenal ngan scabies ni. teruk gak penangan scabies ni.cian adik.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...