Tuesday, August 3, 2010

permata hati ku..

Assalamua'laikum...

Alamak empat hari je lagi?..'adik' panggilan kami untuk si bongsu dalam keluarga kami.Nama adik yang sebenarnya Muhammad Raimi.Kenapa panggil adik,ya la kan ka bongsu..lagipun dah biasa,dah tak boleh tukar.Empat hari lagi genaplah umur adik lima tahun,kejap je masa berlalu..rasa mcm baru semalam melahirkan adik.

Lima tahun lalu,aku sepatutnya lahirkan adik pada 25 september,tapi tak tau pulak kat mana silapnya..7 ogos dia dah 'keluar'..kuasa Allah..mungkin ada hikmah yang tersembunyi.Masa hari tu,aku betul2 sakit..dari pagi bawak ke t/hari..sakit makin menjadi-jadi.Sebab dah tak tertahan aku pun decide nak pegi hospital je.Dek panic bercampur sakit yang teramat,maka kitaorg(kaklang dn kakcik kena bawa sekali sbb tkde org jaga)menonong je pegi,tanpa membawa apa2.Kan ka kalau org nak bersalin pegi hospital bawak macam2?

Antaranya:(berdasarkan pengalaman lalu)
1 tin kecik milo
1 tin susu pekat(selalu bawa susu tepung jer)
1 t/ware kecik gula(agak2 cukup untuk 3 hari)
1 peket biskut kering
1 paket roti sandwich
1 biji mug(saiz terpulang)
camca-garpu

semua barang ni dimasukkan dalam 1 bakul/raga plastik
Tapi semua benda alah ni aku merasa bawak gi spital masa bersalin ank sulung dulu jer(kakak)..maklumlah kakak ni aku bersalin kat spital kerajaan...ank2 yg lain tu bersalin kat klinik swasta,bawak diri dan pakaian jer sikit..nak minum/makan..picit loceng jer!

Dalam beg lain:(hah yg ni mmg wajiblah kalau kerajaan ker swasta ker..)
2 helai kain batik
2-3 helai t-shirt
1 helai sweater
1 helai tuala
pakaian dalam jangan lupa
paling penting..stokin

Tapi aku pegi hospital hari tu sehelai sepinggang.Apa pun tak bawak..dengan harapan boleh balik,sbb due date lambat lagi.Aku pun heran apasal aku jadi mcm tu..nak kata anak sulong..bukan sama sekali!Anak nombor lima tuh..ni semua pasal panik..tu la org kata kalau apa2 hal kita tak boleh panik,bahaya..kena tenang dan rasional.

Mak aii sakit sesakit nya..kat dalam keta tgk jam,dah selang lima minit sakit datang..Alamak!Sampai je kat hospital(dr portklang melulu ikut h/way,kejap je.....ada la dkt 15-20 mnit dah sampai DEMC s/alam)Nurse tu kata tgk dulu..kalau takde apa2 boleh balik.Sekali dia check dah 'buka' 10, kaki dah terjulur,hah?(baby songsang)Sementara nurse tu nak herhegeh-hegeh pegi ambik wheel chair,aku dah pun sampai kat bilik bersalin..

Ahirnya..terima kasih pada doktor Zamri dan pakar kanak-kanak serta misi2 yg bertugas.Adik selamat,w/pun baru 32 minggu,songsang,dan terbelit tali pusat.Kondisi baby yg tak stabil,maka kenalah duduk dlm incubator.Thanks jugak kat my dear hubby sbb dan jugak dia pi beli stokin kat s/alam mall.

Sementara aku rehat,hubby balik ambil apa2 yang patut.Semuanya ok..aku pun balik..tinggallah adik kat wad kanak2 dgn nurse2 tu,gedebak-gedebuk..2 minggu jugak la..Bilnya?Tengok jer bil tu,rasa mcm nak pengsan.....ada la dekat RM15,000.Apapun Alhamdulillah..adik jadi permata hati kami dan akan sambut b'day yg ke-5 nya lagi empat hari..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...