Thursday, 23 September 2010

last day exam..citer tie..

Alhamdulillah...hari ni adalah hari terakhir UPSR..Abang seronok sangat pasal dia tak payah nak susah pikir pasal tu lagi,elehh macam la dia selama ni bertungkus lumus study..ala kadar je studynya..Apa pun aku sebagai ibu akan mendoakan yang terbaikk buat ank2 ku,sapa pun nak yang terbaik untuk anak memasing.

T/hari tadi pegi umah tie,amboi sibuk betul dia ngan order2 nya.Maklumlah ni kan musim umah terbuka,so hari2 mesti ada order punya.Masa aku pegi tadi tie tngah dok goreng apa ntah...aaah...makaroni,dah tu ada lagi bubur pulut hitam seperiuk.Jadi tukang rasa la aku ni,tie kebetulan puasa pulak hari ni.Tengah2 dok sembang datang pulak tuan yang mengorder tu...sambil2 tu masuk lagi call nak order roti jala pulak 3 kilo..ish...ish...ish...penat lah ko tie,tapi takpa ni rezeki katanya,rezeki jangan ditolak...Dah memang bakat ko kesitu,terima jelah.

Aku hari ni nak masak apa erk...mlm ni kot2 ada orang datang beraya kat umah.Kata hubby aku ramai lagi kawan2 nak datang tapi di sbbkan ank memasing tengah dok exam,tu yang lambat gerak tahun ni..Tapi yang masalah kat aku kalau ada kwn2 datang mengejut,makan kerepek je la..Kalau cakap siang2 boleh le aku masak spesial ..

Minggu ni aku asyik memasak je..takut2 ada orang datang..abiss kalau tak de sapa yang datang ank2 le yang tukang perabisnya..Kalau tak habis jugak maka masuk jelah dalam peti beku tu..esok keluar balik perangat..tapi kalau perangat tak la jamu kat orang..makan sendiri la....Hari ni aku mmg tak dak plan nak masak apa2..Rasa cam nak masak laksa,ikan sardin kat fridge tu dah dok memanggil...tapi tak nak lah...ajak tie datang umah pun dia cakap minggu depan je dia datang..ahh malas ah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...