Friday, October 22, 2010

seorang kanak-kanak hampir mati didera..

salam..korang penah rasa sedih,sedih sangat2..sampai menangis-nangis..tapi aku sedih macam manapon tak boleh nak nangis lagi dah..

air mata macam dah kering.kering sekering-keringnya.

ini ada satu cerita:

pada suatu ketika dahulu ada seorang kanak-kanak perempuan,yang sangat comel,berusia 9 tahun,mendiami sebuah kampung di sebuah daerah di negeri perak..

nasib kanak-kanak ini sangat malang,kematian ibu pada usia 7 tahun.saudara-mara masing2 berebut-rebut nak mengambil kanak-kanak tersebut sebagai anak angkat.setahun dia tinggal bersama keluarga seorng guru,yang merupakan anak saudara ayahnya.tahun berikutnya,pada usia 9,dia diambil pula oleh saudara paling dekat.kakaknya sendiri..yang pada ketika itu berusia baru 23 tahun,tetapi telah mempunyai 3 orang anak,malah yang sulung telah berumur 8 tahun.

nasib kanak-kanak ini tak di jangka oleh sesiapa,hanya Allah sahaja yang maha menjangkanya.keriangan yang sepatutnya wujud di riak muka seorang budak hingusan..langsung tidak menampakkan kewujudannya.

hari berganti..nasibnya semakin jelas..hari meniti hari..kanak-kanak ini semakin faham kenapa dia begitu diinginkan oleh kakaknya sendiri.bukan untuk disayangi..malah bukan juga sebagai teman bermain anak-anak sendiri.DIA..anak kecil yang baru belajar erti hidup ini,diambil untuk dibela..dan untuk didera.saban hari,saban waktu,masa silih berganti..deraan semakin menjadi-jadi.paling teruk..dia pernah di jirus air panas,yang mendidih di blkg telapak tangannya..aduhhh..dugaan apakah yang engkau berikan kepada dia..sungguh sedih..seorang kanak-kanak malang telah didera sebegitu rupa.setahun lamanya,deraan fizikal..deraan mental..bertalu-talu mendatangi dirinya yang tak berdosa.setahun berlalu.. Allah maha kaya..telah menghantar seorang ayah..yang mungkin mendengar rintihan anknya saban malam,si ayah telah membawa pulang anak ini..maka terlepaslah dia dari seksaan dunia.

MAAf..ungkapan emas yang tak pernah keluar dari mulut si kakak..hingga kini..28 tahun telah berlalu,tidak ada tanda2 si kakak akan memohon maaf dari adiknya,yang sepatutnya dia sayang dan rindu..apapun semoga Allah mengampunkan si kakak.siapakah kanak-kanak itu..?siapapun dia,dia masih hidup hingga kini,dan syukurlah dia tidak mati didera kakaknya sendiri..

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...