Assalamu'alaikum...
sebelum tu aku mmg ok je..tapi anak2 aku mmg dah 2-3 ari nih tak sihat,adik dan abang je..yang lain ok..agak2 nya berjangkit dr depa la ni.Sekali ngan hubby aku pun m.c ari ni pasai dia pun kena selesema gak.Penyakit ni mmg la sgt senang berjangkit..Kalau sorang dah kena,mau berjangkit satu rumah..
mlm tadi...kwn2 lama masa sek dulu datang rumah.sorang ni na nama dia,dua thn aku kenal dia..masa 6 rndah dan 6 atas,sorang ni pulak ju nama dia..aku kenal dia dari darjah 5 sampai la tingkatan 6 atas.Si ju ni nurse,dia datang k.l sbb ambik result dia(smbg belajar),so dia dtg lepak umah na..so diorang amik kesempatan datang jumpa aku..best sangat dapat jumpa kwn lama.Dengan na dekat 18 thn la tak jumpa..ju pulak tak la lama sgt,sbb 2 thn lepas aku ada pi jumpa dia masa balik raya.
aku , k.chaq ( ju) dan na...
Aku masak kan diorang ni nasik lemak je..lauknya pulak sambal udang,ikan bilis,telur rebus dan ayam goreng.Sebenarnya ju yang request nasik lemak ni,so aku pun buat kan la..nak puaskan hati kawan yang dah lama tak jumpa..so aku harap sangat2 semoga pertemuan kami ni bukan yang terakhir.semoga ada lagi pertemuan seterusnya.Terima kasih lah pada laman face book sbb aku dapat jumpa ramai kawan lama,w/pun yang jumpa bersemuka belum lagi la..setakat ni dengan depa 2 ni ja..oh ya ari tu balik kampung masa raya,aku ada jumpa kak sue..pun kawan lama,hampir 18 thn gak tak jumpa.Dah lost contact ngan kak sue..dia sekarang ngajar(cikgu)kat Johor.Terjumpa dalam laman face book juga.Semoga lepas ni akan jumpa ramai kawan lama selain kawan2 baru juga.Berkawan biar seribu!
No comments:
Post a Comment