Sunday, 31 October 2010

cerita hujung minggu..........

Assalamu'alaikum..
Macam biasa kalau hari2 cuti weekend mesti pi pasar.Lambat pulak ..sayur kat tempat biasa tu dah nak habisss..yalah kalau jual borong ,harga murah mesti cepat habis.

Gedebak-gedebuk,beli itu ini..balik umah kena masak pulak.Hadoiii....dah terpaksa,apa nak buat.Terpaksa ke atau tanggungjawap?...Dua-dua..Masak simple je..tapi tak simple la jugak..siap ngan gulai lemak nangka ngan udang.Sebenarnya plan gulai lemak ni ngan daging,tapi cik hubby dah hilangkan daging tu kat mana ntah..nasib ada udang.

Kelakarkan..boleh tertinggal pulak daging yang di beli dan siap bayar tu.Tak pa lah dah takde rezeki,nak wat camana.Aku dulu pun pernah gak jadi camni.Masa nak beli barang kat pasar,aku letak kejap beg plastik brg lain yg aku pegang kat atas meja tu,pastu tertinggal..teringat pun masa dah sampai umah.Daging takde ganti la ngan apa yang ada. kreativiti mmg penting,kerja masak-memasak ni kita yang buat dia...

Selain gulai nangka,ikan keli goreng mesti ada kalau lunch hari cuti2 camni..feveret anak2.Sayur sawi goreng..(ni lagi kelakar..)nak dijadikan citer, cik hubby beli sayur kat tokey yang biasa tu..pastu nak jalan ke depan dulu beli ikan,tinggal la kat situ dulu soh diorang simpankan,alih2 masa nak amik..rupanya beg plastik sayur tu dah tertukar..pulak?Apa dia buat..kena amik juga tapi pilih2 le sayur mana yang nak..sbb dlm beg tu sayurnya byk betul..macam stok sebulan..Adoiiiaii cik hubby ku!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...