Saturday, 30 October 2010

masak lagi....

Assalamu'alaikum....
Mood aku sekarang nak cerita pasal masak- memasak lagi,ada orang boring dengar citer masak?Aku tak langsung..dan memasak boleh buat aku punya stress hilang terus..Lain orang lain la cara nak hilang kan stress..ada yang suka pi window shopping dan kalau ada duit tu leh shopping sekali..Kalau yang lelaki macamana cara depa hilangkan stress hah..lelaki stress gak ke?Argh...... lantaklah..Resepi kali ni ialah kek coklat kukus...lagi???????????Tapi ni versi aku dan resepi aku(sebenarnya ada kwn yg bagi bukan aku punya pun,tapi tak ingat la sapa..)dua thn dulu aku siap buat jual lagi pagi2,selain tu ada juga kuih-muih lain dan mihun goreng juga.Aku menega ni kat tepi jalan kat depan rumah aku ni je..la ni dah tak menega dah.Tapi kalau bulan puasa tu aku menega ngan TIE,kawan baik aku.
Ni cara buat kek coklat kukus ni,
Mula2 kena panaskan acuan lompang.....

pastu masukkan bancuhan kek,
Jangan isi terlalu penuh.

TARAAAAAAAAAA..


Bahan-bahan
2 cwn tepung gandum
3 biji telur
2 cwn gula
1 cwn serbuk coklat
1 cwn minyak masak
1 cwn air panas
1 cwn susu cair
1 st soda bikarbonat
1 st baking powder

Cara-cara
pukul telur,masukkan gula,air panas..pukul lagi,masukkan bahan cecair yang lain sambil dipukul lagi.Pastu masukkan tepung gandum sikit demi sikit.(tepung gandum dicampur dengan serbuk koko,soda bikarbonat dan baking powder).Lastly...tapis bancuhan ini ke dalam jug(supaya senang nak tuang ke dalam acuan lompang yang kecik2 tu..)
KUKUS 15 MINIT..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...