Tuesday, 26 October 2010

mencari identiti..


Salam..
Banyak membaca...luas pengetahuan.
Banyak berjalan...luas pemandangan,maka luas la juga pengalaman.

Berpaksi pada kata-kata di atas tu,maka aku pun rajin2 la membaca..kalau dalam konteks sekarang ni baca blog la.Baca blog2 geng bloggers yang lain tu.Satu lagi bab pasal banyak berjalan tu,maknanya kena banyak wat 'blog walking'..hah..see aku dah pandai sikit2 dah ni..

Bila aku berjalan-jalan tu,ada terjumpa satu blog tu yang 'followers' dia sampai 5 ribu orang lebih.Fuyooo....dasyatnya.Sebenarnya ada banyak blog yang ramai pengikut ni,tapi dah aku jalan tu terhegeh-hegeh..lenggang mak limah,itu je la yang aku jumpa hari ni.

Sebelum tu aku ada jumpa banyak juga blog yang pengikutnya 2-3 ribu orang.Tapi diorang ni..dah mula blogging sejak 2-3 tahun lepas..Padan la.Atau ada blog yang baru create 2-3 bulan dah ada pengikut ramai cam tu?Ada ke..?

Dalam pada aku dok blog walking tu, ada la terjumpa satu blog yang memberi banyak info berguna tentang dunia blogging ni..nama blog ni ..lupa la pulak..tapi yang terpahat kat kepala otak aku ialah....justkhai!Itu je yang aku ingat..wooo..banyaknya info yang aku jumpa kat situ,istilah2 yang aku tak faham langsung pun banyak..ye lah aku ni suri rumah biasa yang buta IT je...Tapi best aahh...... salah satu ilmu yang dia bagi ialah tentang identiti diri..best juga baca ni,kena blogwalking lagi lah lain kali..sebab blum khatam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...