Sunday, 7 November 2010

kak cik..oo..kak cik

Assalamu'alaikum...
Minggu depan sekolah dah last dah..kan main seronok lagi ank2 aku tu..
Si kakak pulak pelik..tak sabar2 nak naik tingkatan tiga...aii belum habis lagi tingkatan dua...lagi 2 bln,jangan bila dah naik tingkatan 3 nanti,malas pulak belajar.



Buku2 pun semua dah hantar,minggu depan ambik buku untuk tahun depan pulak.Seingat aku la..zaman aku sekolah dulu...buku2 untuk tahun depan,ambik masa sekolah buka,tapi sekarang ni..buku2 untuk tahun depan dibagi siap2 tahun ni gak..Tapi bagus juga sebab bila sekolah buka nanti boleh terus belajar,tak payah sibuk2 ngan buku2 teks lagi..

Minggu lepas,tak ingat la hari apa,aku pi sekolah anak2, sebab bagi ibu bapa yang ada ank darjah 1, dibenarkan hadir sama pada hari penyerahan buku teks..so aku pun pi la..padahal buku2 kak cik yang dah siap ikat tu dia dah bawa sendiri..Ada kawan2 dia pi sekolah melenggang je sebab buku teks diorang, parents yang akan bawa nanti, habis yang aku pi tu apa lak motifnya..?Tapi aku pi jugak..saja..tak de keja, sampai kat kelas kak cik,aku tengok semua buku teks dah siap kutip.Dah alang2 sampai kat sekolah aku pi lepak kantin jap..lagipun janji ngan kak cik nak tunggu dia time rehat, saja nak tengok apa yang dia makan kat kantin tu..aku tengok je dari jauh apa yang dia beli..ada kuih gulung,kopok lekor dan pizza..
Adik pun ikut aku hari tu,dia pun nak jugak apa yang kak cik makan,aku soh kak cik beli kan dan balik makan di rumah..mai tengok apa yang kak cik makan time rehat tu..



Tu la kuih2 yang kak cik beli,aku saja je snap gambar dan nak kongsi ngan sapa yang sudi..yang langsung tak amik tau apa yang ank diorang makan kat sekolah.Kalau tengok kat gambar tu nampak macam besar saiz nya,tapi sebenarnya kecik je..kuih gulung tu harga dia 40 sen,yang macam pizza tu 60 sen dan kopok tu harga nya 30 sen..Boleh lah..daripada tak dak,tapi kalau ikut tekak aku ni..ermm..pizza tu keras,tak sedap langsung,kopok lekor tu dah la mahal..akak tepi jalan tu jual 20 sen je..keras cam kayu..tak sedap langsung.

Kak cik tahun depan darjah dua..mami akan bagi kak cik bekal hari2 untuk bawa ke sekolah..Dulu masa awal2 tahun dia memang bawa bekal,tapi sebab tengok kawan2 membeli sendiri..tu yang dia pun sama ikut,pastu dah tak nak bawa bekal..Ya lah,kawan2 dia tu, aku rasa kebanyakan ibu2 diorang tu bekerja agaknya..ini lah kak cik tengah rehat ngan kawan2 dia....Kak cik yang pakai baju sukan dan tengah makan pizza tu..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...