Friday, 19 November 2010

Otak ...........?

Assalamu'alaikum..

Ha..hari ni kita citer pasal lembu..Siapa suka makan daging lembu?Maklum lah,semalam kan Hari RayaKorban,maka kat taman tempat saya dok nih..ada buat korban 6 ekor lembu.En hubby pulak telah di jemput untuk menjadi salah seorang petugas..kat surau.Tolong lah apa2 yang patut..maka,para petugas ni selain dapat daging korban yang betul2 daging,diorang jugak dapat 'part2' lain...tapi ini terpulanglah..kalau nak..kalau tak nak..tak yah ambik..Inilah salah satu part itu..Part lain esok2 pulak citer...

Ish..ish..nampak sangat kan....alah..lembu diorang sembelihkan 6 ekor..semua part tu hubby bawa masing2 satu je...yang lain2 tu orang lain lak ambik.Lagi pun daging yang betul2 daging je diorang sedekah kan kat penduduk taman,yang part2 dalaman tu biasanya orang yang dok tolong2 lapah tu yang dapat.Rezeki jangan ditolak....

Huh...nasib baik betul saya ni bukan anak raja atau artis atau anak orang kaya...saya cuma sebagai perempuan biasa yang asal dari kampung je...jadi dah tentu lah saya tau macamana nak proses benda2 alah tu.

Hari ni menu tengah hari ialah masak lemak otak lembu ya puan2...Esok kita citer pasal lidah pulakk...dan yang seterusnya..Jadi,inilah dia...........

OTAK LEMBU MASAK LEMAK JINTAN MANIS..
dah masak tu,nampak sedap kan?Tengok ni....
*

*

*

*

*

Itulah otak lembu sebelum dimasak..
Tengok yang ni pulak.........

*

*

*

*

*
Ini lah otak lembu sebelum di bersihkan..sebelum dibuang segala urat2 darahnya tu..lalu ke makan?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...