Sunday, December 12, 2010

Bahasa mencerminkan bangsa?


(Sumber Google)

Assalamu'alaikum...

Malam tadi....bw dan terjumpa satu blog ni,Budak Nakal Blogspot..satu blog tutorial.Sangat menarik...saya tak tau pun wujudnya blog ni sebelum ni,tapi itulah satu kelebihan blogwalking.Kat blog ni saya dah terjumpa satu tutorial cara cara pasang widget translate google di blog.Kalau korang perasan saya dah pasang widget ni kat atas side bar sebelah kanan tu...

Bagusnya widget ni kepada blog kita ialah apabila ada pembaca blog dari luar...yang tak faham bahasa kita.Saya pernah baca satu komen di satu blog semasa tengah ber blogwalking,berbunyi lebih kurang macam ni "blog yang sangat menarik,tapi saya tak faham bahasa awak"(komen ni dalam bahasa Inggris).Jadi widget ni penting ke tak penting pada korang?Tolong jawab ye.

Saya pun teruskan aktiviti bw malam tadi dan terjumpa 1-2 blog yang pasang widget yang sama.Jadi saya pun cuba la tekan2..dan pilih bahasa Inggris untuk translate,konon2 macam saya ni tak faham Bahasa Melayu.Tapi...apa yang keluar?

Satu lagi bahasa asing yang tunggang-langgang telah muncul.Nampak kelakar sangat.Kenapa boleh jadi macam tu?Sebabnya ialah korang perasan tak bahasa yang blogger2 kita guna...tambah2 pulak blogger2 muda zaman sekarang ni...bahasa yang terlalu ringkas(bahasa S.M.S).Jarang ada blog yang menggunakan bahasa surat/buku sepenuhnya(Saya tak kata tak ada langsung..).Mana lah ada sistem dalam dunia ni yang boleh translate bahasa sms,bahasa pasar dan bahasa2 baru ciptaan sendiri ni...Jadi.,widget tu tak boleh diguna pakai lah yer...?

14 comments:

  1. sekarang orang nak cepat... kebanyakkan lebih suka dengan bahasa SMS

    ReplyDelete
  2. Bayu Kenangan:Memang pun...kalau nak pi jalan2 pun kita mesti cari jalan pintas(shortcut)

    ReplyDelete
  3. disebabkan CE terlalu suka guna bahasa SMS..sampaikan dalam penulisan blog pun terikut-ikut sama...haihh...T_T

    ReplyDelete
  4. CE:ko ingat ko aje..akak pun dah terikut-ikut dah ni..tapi tak leh lwn anak akak lagi..SARAH a.k.a KAKAK..dia ngan kwn2 dia kalau sms..mcm bahasa alien..akk tak fhm lngsung..Tapi bagi akak kalau boleh nak elakkan..sikit2 takpe..

    ReplyDelete
  5. betul tu. banyak blog guna kan bahasa sms ni. sy sokong la entry ni. sokong! keep it up! :)

    ReplyDelete
  6. Nur Ain:Kebanyakan blog yang guna bahasa sms ni ialah blog budak2 student sekolah men,ada jg akak jumpa blog budak2 sek rendah..diorang ni yg guna bhsa sms ni..lain pd tu takde...apa nk buat..zmn dh berubah..hrp jgn trbwa2 dlm exam dh le..kang pemeriksa kertas tu pengsan lak..

    ReplyDelete
  7. salam ziarah..

    ayu kan, pernah di datangi oleh sahabat baru dari greek...nasiblah dia ada widget..ayu translate ke bahasa malay..

    nasib baik...terus tinggalkan komen...

    ReplyDelete
  8. Ayu:Sebenarnya kat dalam internet ni macam2ada...x faham sesuatu bahasa tu tekan je google translate..tak payah nk cari kamus lagi dah.Zmn dh canggih..

    p/s:Salam kenal..Insyaallah suatu hari saya akan sampai ke Citarasa Rinduan.

    ReplyDelete
  9. HAI KAK..SALAM PERKENALAN..


    KALAU NAK TEMPAH HEADER BOLEH CONTACT SU OK!!
    sue_546@yahoo.com

    ReplyDelete
  10. Mizz sue:salam kenal gak..sue...akak sebenarnya dah otw tempah ngan myra..kenal tak dia?insyaallah nnti akak tempah kt kamu jugak pastu tukar2 header..tunggu...

    ReplyDelete
  11. Btol kak,
    sy sokong,
    kadang2 ader blog yg guna bahasa sms yg melampau..
    smpai kita nak bcer pown xfhm...

    agak2, bahasa SMS yg sy guna kt blog tu,
    masih bole difahami x?
    heeeheehe

    ReplyDelete
  12. Fiq:Bahasa yang kamu guna tu masih boleh faham..sikit2 tak pe,tak salah..yag jadi masalahnya yg terrrlalu rgks..atau budak2 ni ubah terus ejaan asl..sampai kita x fhm..diorang je faham..

    ReplyDelete
  13. tak paham leh guna google translet..=)

    ReplyDelete
  14. merahitujambu:google translate tu kan ka gunanya untuk translate malay-english,atau sebaliknya dan bahasa2 lain jugak.Yg akk maksudkn tak faham tu bahasa sms(yg terlalu rgks) yg tlh diubah2kan:cth,Klang jd clunk,sayang jadi chunk,gurau jd guwaw,kalau jd klu..agak2 google boleh translate ke?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...