Monday, January 31, 2011

Hujan...lokoihhh!

Assalamu'alaikum...

Hujung minggu yang sejuk.Grrrrr....memang sejuk sebab hujan mencurah-curah,w/pun tak lebat tapi berterusan.Sabtu, Izzat balik dari asrama,dia bercuti selama seminggu sempena CNY.Belambak-lambak kain baju,cadar,selimut yang belum basuh dia bawa balik.Campur pulak dengan kain baju kami berenam kat rumah ni.Mana nak sidai ni?Tapi nasib baik ada mesin basuh,sekurang-kurangnya kain baju tu dah separuh kering...Yang selebihnya tu pandai2 la.Habis kerusi meja jadi penyidai,pastu buka kipas laju2....sure kering.Kasut sekolah tak kering...apa nak risau amik 'hair dryer'kasi panas..

Ahad pagi2 buta lagi saya siapkan sarapan.Nasi lemak....untuk memenuhi permintaan kakak(sarah),untuk adik jugak...sebab hari tu saya 'saiko' kan dia...Jadi hari minggu ni kami sekeluarga sarapan nasi lemak yang betul2 saya masak,bukan beli tau...



Tengahari,agenda seperti yang dijanjikan.Sarah aka kakak seorang 'hantu' novel...jadi seperti yang dijanjikan dan sebab tak nak menghampakan diorang walaupun hujan,kami redah juga ke Shah Alam,KARNIVAL KARANGKRAF.Pepatah ada kata SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN.Tapi kami pulak dah tau hujan,masih tak mau sediakan payung.KETEGAQ...dak aihhh... sebenarnya saya betul2 LUPA! Mungkin juga terlampau kelam kabut sebab nak ambik kakak dulu kat kelas tusyen dia sblm pi sana.

Tuu diaaa,dalam hujan pun masih sempat posing lagi.Memang murah harga2 buku,novel,majalah dan produk2 keluaran karangkraf semalam.Kalau kat luar 5 novel RM100,semalam RM100 dapat 7 buah...berbaloi-baloi walaupun lokoihh.Saya pun beli gak majalah mingguan wanita,beli 4=RM12(kalau kat luar RM14).Bukan jimat jer dapat cabutan bertuah lagi...dapat ler mainan,minyak angin orang kampung(leh buat sapu2 kalau lenguh..)dan kupon free burger.
Lain tahun kalau ada lagi Karnival ni,sila pakat2 serbu k..memang berbaloi.

11 comments:

  1. ruginya tak pi... menarik tu.... awat tak habaq... adoiiii

    ReplyDelete
  2. ujan ke kat sana ??
    wah sedap nya menikmati nasi lemak :)

    ReplyDelete
  3. Encik Mamat:
    rugi hang tak pi,akak pun lupa nak habaq..Kalau tidak boleh jumpa kat sana nooo.

    Mohd Hazwan Hashim;
    ujan dik..sampai hari ni pun masih hujan,tapi gerimis jer.Tu yang buat pening kepala tuh.
    Nasi lemak memang sedap,sambil tu leh tambah lemak badan,hehehe..alah sesekali je bkn hari2 pun..

    ReplyDelete
  4. wah..bestnya!linda pun suka baca..x kiralah baca apa..klu sehari tak membaca,lain sgt rasa...umur 9 tahun dah pndai baca novel tebal2...hihi!

    ReplyDelete
  5. hehehe.

    dulu dulu sy suke novel kak.

    jiwang jiwang ke ? hehe...

    tapi style lah anak akak suke membaca !

    ReplyDelete
  6. Sedapnyer nampak nasik lemak Pia...tiba2 perut terasa laporlah pulak.

    ReplyDelete
  7. kalaulah umah mak ni dekat, abis semua kena borong kalau ke karangkraf tu rasanya..

    Bahagian mak tak ckp rm100 utk novel..anak2 punya bahagian lagik??

    Hehehe..

    ReplyDelete
  8. terliur la plak tengok nasik lemak tu..
    dh lama tak mkn nasik lemak buatan emak..
    mkn kt kedai, tak lemak pon.. x sedap.. huhu..

    ReplyDelete
  9. tingin nak gi kak pia... tapi x sempat :(

    waiting for KL IBF tahun ni...

    ReplyDelete
  10. Linda:
    Novel mmg best..tp akk la ni tak layan dah,anak lak sambung hobi ni..

    K_own:
    sapa lak cakap kalau suka baca novel tu jiwang?Tp kamu mmg jiwang ngan cik Zaty...

    Nurul a.k.a Riko:
    nmpak jer sedap..hehehe..tq2.

    Lagenda:
    Makkk..saya tak der duit banyak macam mak..

    Solihin:
    Masakan paling sedap kat dunia ni...masakan makkkk...yg kt kedai tu cincai je..nk untung lebih..biasa adat menega..

    Aku Ibu Muda:
    yer2..jumpa kat sana nanti..mcm la bolehkan..orang cam semut hurung gula jer punya ramai..ank2 kena pegang betul2..takut cicir lak..hehehhe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...