Sunday, March 13, 2011

Selamat bercuti...

Assalamu'alaikum...

Cuti penggal dah bermula ni,selamat bercuti kepada semua adik-adik dan anak-anak.Kepada kawan-kawan yang bekerja sebagai cikgu cikgi tu... selamat bercuti juga diucapkan.Kepada para cikgu yang kena mengajar kelas tambahan kepada pelajar-pelajar yang nak exam besar tu...teruskan niat murni anda....nak buat mcamana,demi anak bangsa...

Kepada kawan-kawan lama dan kawan-kawan baru saya yang bakal berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah pada cuti ni,diucapkan semoga selamat pergi dan selamat pulang.Pada masa entri ni ditulis,dah ada beberapa org kawan yang sudah pun berangkat.Seoga ibadah kalian diterima Allah..Amin!InsyaAllah sahabat kalian ini akan menyusul tak lama lagi..doakan yer...

Kepada kawan-kawan yang balik kampung tu,diucapkan selamat balik kampung.Semoga perjalanan anda semua selamat daripada sebarang kesulitan.Berhati-hati di jalanraya!Ingatlah orang yang tersayang...

Kepada para surirumah macam chek ni...bawak-bawak lah bertenang dan bersabar sepanjang musim cuti ni,almaklumlah...anak-anak kita tu kalau tak ke sekolah...dah berhimpun kat rumah...macam-macam hal.Jangan ada yang naik darah.....Rasa-rasa nak marah tu...jangan lah kita marah membabi buta.Perkataan yang keluar tu,harap janganlah perkataan yang teruk dan menyakitkan telinga...

Ingatlah macamana ayah dan ibu kita membesarkan kita dulu..pantang bagi mereka menghamburkan perkataan-perkataan yang mencarut barut bagai..(pesan ni untuk saya sendiri juga...)

Wassalam...

14 comments:

  1. emm..
    TK xde cuti la kak..
    hr2 keje..

    ReplyDelete
  2. aminnn...semoga kak pia & kita semua dapat menunaikan umrah juga...seronok tgk kawan2 dpt ke sana kan...

    cuti sekolah ni rutin harian saya lebih kurang je cuma yang ketara tak kelam kabut awal pagi mengejut anak dara kecik tu p tadika (baru tadika klu sekolah "betul" nnt lg haru kan)
    tadika dia pun masuk / mula sesi kol 7:30pg

    ReplyDelete
  3. toyolkiut:

    "nasib badan lah TK...akak ni pun sama,kerja 24 jam.."

    ReplyDelete
  4. SZ:

    "Insyaallah...smga kita dapat menjejaki Kota Mekah sekurang-kurangnya sekali kan..Kalau nk tggu turn Haji tu lmbat sikit kan..mungkin buat Umrah dulu kot..

    Cuti ni dapat lah rehat sikit anak-anak kita tu suzi,w/pun cuma seminggu..sekolah cuti..buku pun cuti gak..layan tv ler ank2 ank ni.."

    ReplyDelete
  5. kak pia.. hehe... tak p mana ka cuti2 ni.. hehe

    ReplyDelete
  6. akak piasara... bila berjauhan rindu... bila cuti panjang.. pening kepala plak.. hehe.. jenuh jugak kan... btl la.. bukan senang nak jadi suri rumah.. nampak je senang.. hehe

    ReplyDelete
  7. As salam, BSB ambil cuti 2 hari saja nak lepak dgn anak2 kat rumah.

    ReplyDelete
  8. anak2 macam tulah k.pia tapi kalau tak ada rasa sunyi pulak...

    ReplyDelete
  9. Encik Mamat:

    "Hai En. mamat,lama tak nmpak...Cuti ni akak ingat nk bawak2 budak2 pi Pusat Sains Negara..Muzium Negara ker..tp tak sure lagi lah mana satu nk pergi.."

    ReplyDelete
  10. Cekodok:

    "Itu dah adat dunia cekodok...Anak2 akak ni ok...cuma diorang suka sakat menyakat.Adik yg selalu kena...dah tu melalak satu rumah...lg satu bila ramai2 diorng suka rebut2 chanel tv..tu yg riuh rendah mengalahkn pasar borong jer.."

    ReplyDelete
  11. BSB:

    "Bagus sangat lah tu BSB,2 hari pun ok...kuantiti tak kisah janji kualiti yg penting.."

    ReplyDelete
  12. JunAina:

    "A'ah Jun...kalau dok jauh rindu2,dah balik rumah bising2.Mcm2 hal....bgn lmbt,mandi lmbt,pakaian sepah2,menyakt adik..solat pun lmbt2..macam2 peel..tp biasalah..nama pun budak..kita dulu pun bknnya baik sgt pun hehehee.."

    ReplyDelete
  13. InsyaAllah...

    Tiga hari dengan anak2 buatkan saya rasa tak sabar nak berhenti kerja.
    Kesian bila diorang kata tak seronok tinggal di nursery..

    ReplyDelete
  14. a.z.r.i.n.a.03.07:

    "Alhamdulillah....akak ni dulu tak kerja sbb tu lah reen...bila tgk muka ank2 rasa sayu jer nk tinggal kt org...akak dh bertekad nak jaga sendiri diorang tu,selagi akak hidup.Nursery dgn kita sendiri jaga lain tau..."

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...