Tuesday, 12 April 2011

Itulah pasal....

Assalamu'alaikum...


Hari ni adik macam biasa
bersemangat nak pergi sekolah..dah siap pakai baju sekolah semua termasuk stokin

tup-tup abah cakap,adik tak payah pergi
adik senyum jer...suka la tu boleh ponteng
semua ni gara-gara adik batuk-batuk
memang lah masih boleh ke sekolah sebab adik cuma batuk bukan demam
tapi semalam adik cakap cikgu dah pesan suruh makan ubat
dan rehat di rumah sampai baik batuk dia..

adik ni jenis sensitif,sama macam abang dia...
abang semasa kecik macam tu lah...pantang sikit, batuk..
bila start batuk tak boleh nak stop
bila ambik ubat batuk pulak..macam tak berkesan
pernah dulu maktok depa suruh abang minum kicap bercampur jus limau nipis
pernah juga abang minum air bunga asam belimbing buluh
kdg2 bila kena batuk kitaorg kelam kabut cari buah nangka(kata org nangka yg dicmpur sedikit garam boleh sembuhkan batuk)
tapi biasalah,kalau kita nak sgt...tak jumpa pulak..
nak tak nak kena pergi jumpa doktor jugak..
bila dah besar abang dah ok sikit,cuma ada la sekali dua kena serangan batuk
tapi tak lah seteruk masa dia kecik2 dulu

Setiap hari abah bagi duit poket untuk kakak,kaklang dan kakcik..
adik pun taknak kalah hari2 nak duit poket
tapi adik kan murid pra sekolah,hari2 dapat makan free
ok lah adik simpan dalam tabung
tapi lama2 adik makin tak berdisiplin
so, duit tu hari2 adik belasah beli ais blended...itulah pasal!

41 comments:

  1. hmm tu lah pasal eh.budak2 ngan ice blended mmg tak leh pisah. =)

    ReplyDelete
  2. Alahai adik kalau cikgu suruh rehat mesti bersebab. Lagi pun adik masih pra-sekolah itu yg mudah je nak jangkit dari kawan dan menjangkit kawan.

    Pia... ada org buat bunga belimbing tu rebus dgn gula batu tapi kakak tak tahu mujarab ke tak. Kalau anak kakak biasanya madu dgn lemon je sesuainya...

    ReplyDelete
  3. hehe..
    biasalah tu kak pia..
    takleh kalah ngan abg dan kakak..
    samalah ngan kass tu..hehe

    ReplyDelete
  4. senyum lah baca ending menda nie... like...

    ReplyDelete
  5. anak-anak macam tulah kak pia, makin ditegah macam menyuruh...
    aina kalau anak batuk2 macam tu jumpa doktor ja, sambil2 tu kalau ada petua org tua2 try jugak tapi doktor tetap kena pegi.

    pernah si abang batuk berlarutan selama sebulan dan akhirnya terpaksa masuk wad sebab kuman dah masuk paru2...

    ReplyDelete
  6. ice blende nih sejuk lain mcm dr air berais tu memang ank bee pun tk tahan kak..

    ReplyDelete
  7. haha.. akak kene la wat ice blend sendiri.. hehe..

    ReplyDelete
  8. jgnkan budak2 .. anak kc dh bujang teruna pun suka ice blended. pastu batuk .. tu la pasal. hihihi ..

    ReplyDelete
  9. rara pinkmafia:

    "memang betul...betul3..
    hehehhe,,,ngan org tua pun tak leh gak..pantang jumpa jer.."

    ReplyDelete
  10. kakzakie:

    "a'ah kak,zmn kita dulu kalau batuk dan selsema tak kisah pun,tp zmn skrg ni susah sikit sejak2 wabak H1N1 melanda..kalau batuk2 sikit c'gu tak bagi dtg sekolah..yer lah sbgai langkah berjaga2.."

    "kak..saya lom pernah try madu dan lemon tu..tq akak..nnti nak try jugak..mana tau serasi.."

    ReplyDelete
  11. nurkass:

    "sampai kakak2 dia jeles kass,diorang kata apasal adik baru tadika dah dpt duit poket..
    sedangkan diorang masuk drjh 1 baru bawa duit..hai anak2...macam2 hal..."

    ReplyDelete
  12. sufian:


    "sufian,senyum..tak perlu kata apa2..hehheehe,suka ice blended jugak ker?"

    ReplyDelete
  13. JunAina:

    "itu lah aina,makin ditegah makin menjadi tak dgr cakap...tokey ice blended ni keliling taman lak tu...sesekali kena batuk pergi doktor juga...tp syarat jer,tak jalan pun...last2 baik sendiri..tp mujur lah diorang ni belum pernah masuk wad lagi...."

    ReplyDelete
  14. puanbee:

    "itulah pasl bee,akak pun tak tahan ais beli ni,kalau ais kat umah kita kan guna air masak/air tapis...yg beli tu air paip jer..beli kat lori ais tu.."

    ReplyDelete
  15. saya YANA:

    "betul tu yana,buat sendiri lagi baguss.tp ank2 kata tak sedap..nak beli jugakk...camana nak buat..?"

    ReplyDelete
  16. kakchik@ella:

    "kc,hehheehe...tp sekurang2 nya ank bujang dgr juga ckp kita...ni nak kecik ni lagi kita larang dia dok buat tak dgr jer..nak beli jugak...dah kedai ais blended pulak tepi umah...apa nak buat,bila batuk...dia insaf ler kejap...bila baik batuk dia tak ingat dah.."

    ReplyDelete
  17. adik mek pun suka sangat ngn ice blended

    ReplyDelete
  18. Salam Kak Pia, cuba bg anak Kak Pia minum susu kambing. Anak2 Kaz mmg sgt sensitif, cepat batuk, selsema dan kena asma. Ada kawan petua suruh minum susu kambing. Kaz bg Hi Goat tu, Alhamdullilah nampak ada perubahan positif. Kalau batuk pun cepat baik, tak perlu pi nebulizer dah.

    ReplyDelete
  19. kalau nak suruh adik simpan duit, kena la bagi duit poket banyak siket.. hahaha

    ReplyDelete
  20. Mek Norfa:

    "yer ker...tp kak pia rasa semua budak pun suka ngan ais blended ni kan.."

    ReplyDelete
  21. Kaz:

    "Inyaallah kaz..tq..nanti akak tanya kwn2 sbb hari tu ada gak kwn dok soh beli..akak endah tak endah jer..akk ni kan apa ralit..vit c budak2 tu abiss pun tak beli2 lagi..."

    ReplyDelete
  22. topimagine:

    "betul tu top..nak soh simpan tabung kena bg lebih2 lah kan..tp apa nak buat top...bajet kdg2 terover...nak bagi lebih tak dapat lah.."

    ReplyDelete
  23. LM:

    "Terima kasih LM...akak pun harap macam tu jugak,kesian pulak tgk.."

    ReplyDelete
  24. mcm mana rupa ice blended kak pia?mcm air batu campur ke?

    ReplyDelete
  25. Isteri Yang Comel:

    "itu lah pasal..hehehe"

    ReplyDelete
  26. mrs.sabri:

    "mimi...ice blended tu ais batu yg di blender dngan perasa pilihan(milo,kapucino,coklat,horlick dll...ada berpuluh2 perasa pilihan)campur susu pekat sikit,ada yg masukkn gula...terpulangkah...pastu masukkn ais tu dlm gelas,boh krim kat atas dia..kdg2 ada org jual tu boh ais krim 1 skop ...mcm2 style lah mimi..."

    ReplyDelete
  27. as salam, akak anak saya yg sulung tue lelah..kalau sejuk sikit mula ler selsema & batuk.

    ReplyDelete
  28. salam kak pia..oo..nangka leh jadi ubat batuk ye..tq kongsi info

    ReplyDelete
  29. anak2 mommy dulu pun cam tu pia..suke beno batuk, tapi jga makan die..kena pantang...bebudak pulak payah bab2 nak dipantangkan~hee

    ReplyDelete
  30. BSB:

    "wa'alaikumussalam..oh yer ke?...kalau ada asma ni diorang pantang betul sejuk dan ais..debu pun tak leh gak..senang dpt batuk dn selsema.."

    ReplyDelete
  31. suri solehah:

    "a'ah suri...akak dpt tau dari org tua kt kg,pernah juga masa otw balik kg berenti nak beli buah kt bukit gantang(R&R)pakcik yg jual buah tu pun cakap mcm tu...sbb ms tu ank akk batuk...so,betullah tu.."

    ReplyDelete
  32. Piasara memang la..kalau anak akak disekolah asik beli air batu aje pun mula la kena batuk..suruh bawak air sendiri..kadang2 dia kata tak cukup tu yang kena beli katanyya..

    ReplyDelete
  33. Biasalah budak-budak , pantang di pelawa cuti, laju je.cam firdaus tak boleh makan keropok, cepat je batuk sampai muntah.banyak cara ye nak menghilangkan batuk.nanti boleh buat satu entry, ubat batuk yang kat kedai dah tak boleh nak jalan.

    ReplyDelete
  34. kak Erna:

    "budak2 ni kan kak..memang mcm2 hal.Kalau org tua boleh suruh pantang,kalau budak pulak susah betul..masa sakit bolehlah,bila dah baik tu...kita larang tak dgr...boleh bertegas,tp kdg2 diorang menangis2 tu yg maleh nk dgr.lagipun kak, ais kat luar tu air paip jer.."

    ReplyDelete
  35. mommylavender:

    "haish...susah la mommy...kalau dah jenis sensitif tu tak nak pantang pulak..suka beno minum ais blended tu..."

    ReplyDelete
  36. Cik Ina Minat Do Do Cheng:

    "ubat kat sensei atau kat klinik malah kat farmasi pun dah tak lut kak...kalau jenis kalau sekali kena susah nak baik ni..Last2 baik sendiri jer...tapi sementara nak tunggu baik tu yg kesian tgk.."

    ReplyDelete
  37. anak2 No sume pun dh penah kene sedut tu..kesian ngan dorang klo dapat semput..nak tido pun susah kan syik batuk2..harap anak2 kakPia cepat sembuh ya..

    ReplyDelete
  38. Norhafiza:

    "No..anak akak yg abang tu ms kecik2 jer teruk..dah besa ni dah ok..sekali tu jer kena sedut benda alah tu,skrg ni adik pulak..jadi mcm abg...sekali kena batuk berhari2..kdg2 smpai seminggu lebih..tq no.."

    ReplyDelete
  39. kakPia kene tag tau http://mutiaranolangacontest.blogspot.com/2011/04/jom-joint-mamachia-1st-give-away.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...