Tuesday, May 31, 2011

Blogku bersawang sudah...


Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah,jumpa lagi kita ...tengok ler dah bersawang blog ni kan.Ada la lebih kurang 3 hari tak update.Komen kawan2 pun nampaknya tak dapat ler nak jawab.Minta maaf banyak2 yer... Almaklum ler sibuk merewang kat rumah kenduri......jiran belakang dapur!


Inilah projek merewang petang jumaat tu...

Bumbu untuk buat kerabu..Bahan2:cili api,bawang putih,bawang merah,cekur,belacan(blendkan semua)Pastu bhn2 kisar ni digoreng bersama kelapa parut,sblm tu perasakan dgn air asam jawa,garam,gula dan sedikit ajinomoto.Kacau biar sampai kering..bila time nak makan nanti barulah di campurkan dgn sayur2 spt kacang botol(hiris nipis)tauge,selom..dll(ikut selera memasing)Lupa pulak nak tanya diorang nama kerabu ni.Kalau tempat chek..kerabu tauge campur kerang atau perut lembu yg paling femes..

Gambar sebelah kanan tu pulak ialah agar2 santan..ada ler 10 loyang..(yg bestnya masing2 pakat bawa balik simpan 1 atau 2 loyang..memandangkn peti ais tuan rumah dah penuh..)


Itu hari Jumaat punya hal..hari Sabtu pulak pegi lagi merewang memasak untuk rombongan nikah(yg akan sampai slps asar)...sekali dgn memasak untuk makan malam(tahlil dan marhaban)Menu malam tu nenas masak lemak dgn ikan kering,sambal udang,kerabu,ikan goreng,sambal dan ulam..

Hari Ahad pagi tu pegi lagi untuk masak sarapan...untuk hantar kat rombongan pengantin lelaki(diorang ni duduk kat chalet area2 sini jer)....Selain tu buat bubur kacang juga...itu jer lah,sbb makanan lain tuan rumah dah upah caterer...

Gambar2 pada hari kenduri takde,sbb dah penat sgt..sakit kepala berdenyut-denyut,tapi sempat snap sekeping jer gambar pengantin berbaju ungu..sama cantik sama padan...bagai pinang di belah dua... semoga diorang kekal bahagia ke akhir hayat!

Masing-masing apa cerita hujung minggu yg lepas ni?Banyak jemputan jugak ker?

37 comments:

  1. cuti sekolah ni kak pia..biasala kan...masing2 sibuk kenduri kendara...kita tlg orang, nanti org tlg kita semula :)

    ReplyDelete
  2. wah... hehe.. cuti sekolah terisi.. hehe.. p bercuti kat mana lagi kak pia..

    ReplyDelete
  3. memang banyak jemputan dari sblm cuti sekolah tetiap minggu duk makan kenduri , cuti sekolah ni lagi lah pulak

    ReplyDelete
  4. pia,

    masak lemak nenas, dah terasa laparlah tengahari ni.meriah nampak majlis kahwin tu. kerabu lengkok sedapnya makan kenduri, semua lauk kampung.

    Ingatkan pia cuti blog sebab cuti sekolah, mesti kat rumah riuh rendahkan semua ada.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum kak :)

    terasa lama takde entry baru akak. takda benda yang mencuit hati ini seperti selalu. eheh.

    cuti2 sekolah ni memang musim orang mendirikan masjid jugak.

    ReplyDelete
  6. aah kak.knp lame tak hupdate.heheheh cuticuti sek ni kak.beselah.bz je eh kenduri sanasini. =)

    ReplyDelete
  7. Aku Ibu Muda:

    "a'ah la..kat tmn akk ni setiap sabtu dan ahad mesti ada punyalah jemputan..yg ank2 bersunat pun ramai gak..pesyen org skrg ni ank bersunat pun buat kenduri mewah2..ishhh..yg kawin apatah lg.."

    ReplyDelete
  8. Encik Mamat:

    "minggu ni ank2 akk 2 org tu tusyen,si abang lak ada sofball...tk gi mana lah..minggu dpn balik kg,4 hari jer..kamu balik kg tak?"

    ReplyDelete
  9. sayangsayangibu:

    "Dah jenuh nak makan kenduri...kenduri kawin dn sunat..ayam..daging...itu jer..kalau sehari 2-3 rumah,alamat makan buah je lah.."

    ReplyDelete
  10. Cik Ina Do Do Cheng:

    "takde maknanya nak cuti blog ni cik ina..anak2 dok boh gam kat bontot depa kat kerusi ngadap pc ni...hehehe.."

    ReplyDelete
  11. sar:

    "wa'alaikumussalam...betul tu sar,byk nya masjid didirikan sempena cuti sekolah ni..di kesempatan cuti ni dptlah saudara jauh dekat dtg berziarah lama sikit..sambil tu dptlah jalan2 makan angin..sambil menyelam,minum air kata org tu.."

    ReplyDelete
  12. rara@pinkmafia:

    "nak update pun dah tak daya rara...asyik berumahtangga kat umah kwn akk tu..hari dia kan..mana tau ada umur,akk lak buat kenduri...
    diorang lak dtg tolong kan.."

    ReplyDelete
  13. mesti kak pia penat ek merewang..kak,agar2 santan tu dia cepat basi x?

    ReplyDelete
  14. wah..cam meriah jer kan..bila la bunga nak rasa meriah..

    ReplyDelete
  15. pasti seronok.walau penat dpt jmp rakan2 kan?

    ReplyDelete
  16. Mrs Yie:

    "penat tu memang penat mimi...malam jer terus tidur jer lps isya' tu..tak larat dah nk bw ker apa..tp seronok lah dpt tolong kawan...kita yg jauh dr kg ni harapkan kwn2 je lah..~oh.agar2 tu nak thn lama jgn buat lembik sgt...lg pun kita simpan dlm peti ais..."

    ReplyDelete
  17. bunga:

    "kenduri kawin kan,memang ler meriah..ko nanti buat lah meriah2 giler...hehe.."

    ReplyDelete
  18. LM:

    "seronok sgt bila berkumpul sesama kwn2 tu..penat2 juga..tp biasalah bila keja ramai2 kurang sikit penatnya.."

    ReplyDelete
  19. sedapnya..dah la tengah lapar ni

    ReplyDelete
  20. CN:

    "nampak sedapkan...jemput la makan.."

    ReplyDelete
  21. BSB:

    "Gitu lah nampaknya BSB...dah nama pun jiran merangkap kawan kan..dekat pulak tu.."

    ReplyDelete
  22. Salam Kak Pia, sibuknya akak ya. Tp bila bergotong royong tu, walaupun penat tp seronok.

    Kerabu taugeh campur perut tu mmg sedap kan akak?

    ReplyDelete
  23. Kaz:

    "Salam..sibuk sgt kaz..hujung minggu ni pun sibuk juga sbb akk sblh umah pengantin tu pulak nk buat kenduri sunat cucu dia...~kerabu tauge cmpur perut tu kt area sini kalau kenduri tk pernah akk jumpa lagi kaz...kt belah utara jer ada.."

    ReplyDelete
  24. bersawang sikit tk pe pia sbb sibuk menolong jiran tu kan..pas ni nk balik kg ye...jgn bg bersawang lama2 nnti ada penunggu pulak hahaha

    ReplyDelete
  25. adat orang berjiran kan...

    kita yg jauh tak dpt nk tolong
    anak kecik ni payah

    ReplyDelete
  26. sebut je kerabu mmg best..baru2 ni kass makan kerabu anggur kat kenduri jiran kg..huhhh..mmg sedap..tapi utk org yg budget tak sesuai sbb anggur mahal..hehe..

    ReplyDelete
  27. pia bestnya kerabu tmpt kenduri, teringin lak rasa hehe.

    kalo dh penat mana ada masa nk update blogkan pia

    ReplyDelete
  28. Assalam piasara..bila cuti sekolah ni..memang sibuk sikit la kan..kena menghadiri kenduri..

    ReplyDelete
  29. nyanyisunyi:

    "kak ida..demi menolong jiran aku sanggup blogku bersawang..
    heeee..minggu depan lagi lama la bersawang kak,habis ank cucu cicit lelabah penuh blog sbb balik 5 hari,lama tu..."

    ReplyDelete
  30. Ati Masrif:

    "A'ah ti adat berjiran..memang macam tu lah,yang ada anak kecik tu...leh ler buat alasan..hihi.."

    ReplyDelete
  31. nurkass:

    "wahh..kass,kerabu anggur?dasyat tu..ala2 salad gitu kot,kalau kita nak makan sekeluarga boleh ler try kass yer.."

    ReplyDelete
  32. kak rosaliza:

    "memang sedap kerabu tu,tapi saya tak berani makan takut angin naik kepala..heeee..sbb ada kacang botor dn tauge..kalau selom atau pegaga ok gak..janji sayur tk berangin baru saya leh makan..~a'ah betul tu kak,kalau dah penat camana nak update blog kan.."

    ReplyDelete
  33. Acik Erna:

    "banyak betul kenduri kendara kak erna.....org berhajat,kita kena lah menghadirinya.."

    ReplyDelete
  34. cuti sekolah kan mmg sibuk org kawen..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...