Thursday, 19 May 2011

Nak pi mana cuti skolah ni?

Assalamu'alaikum...

Syukur kepada Allah sebab bagi peluang kat kita untuk jumpa lagi kan..Harap korang semua sihat2 dan ceria selalu.

Cuti sekolah dah dekat ni,dah plan apa2 ker korang?Mestilah kena plan kan..supaya senang tak kelam kabut kalau buat keputusan last2 minit.

Bagi kami pulak,slps dibincang2 malam tadi...en hubby akan apply cuti seminggu pada minggu kedua cuti skolah ni.Sbb pada minggu pertama cuti tu kakak dan kak lang ada tusyen kat skolah masing2.Mintak2 cuti dia diluluskn...kalau tak lulus,budak2 ni menganga kat rumah ler jawabnya..

Kami rancang nak balik kampung...ntahlah kdg2 ada perasaan tak tk senang di hati kalau en hubby kata nak balik kg.Maklum lah saya ni yatim piatu,rasa tak guna kalau balik kampung...Dia tak apalah sbb masih ada mak..eh,aku cakap apa nih?Mak mertua pun mak kita kan..astaghfirullahhal'azim!

Bukan apa,hajat di hati kalau cuti2 skolah tu nak la bawak ank2 gi jln2 makan angin.Tak kisah lah kat mana pon...Melaka ker,P.D ker..mana2 je lah..

Tapi bila difikir2 balik,apalah salahnya peluang yg ada tu kita manfaat kan dgn balik kg.Kat kg kita boleh jumpa dgn org2 tersayang..Lagipun mak dah tua..mak chaq,pak chaq,mak ngah,mak teh dan pak teh,abg2 dan kakak2 ipar pun dah meniti senja...ntah2 dapat ker lagi jumpa diorang lps ni?Ntah2 kita yg pergi dulu sebelum diorang...

So,kalau cuti en hubby lulus...balik kg lah kami sekeluarga.....
Insyaallah,hanya Allah yg Maha Menentukan Segala-galanya..Amin!

Korang ada rancangan best ker?

31 comments:

  1. Saya pun tgh buntu.
    Saya berhajat nak ke Terengganu.
    Isteri nak ke Penang.
    Anak-anak nak pegi Melaka & Cameron Highland. Tapi kalau rasa nak ke Cameron Highland, elakkan pegi pada weekend musim cuti sekolah. Sesak.

    ReplyDelete
  2. sy pon dah apply cuti seminggu blk sp...adik nikah 29hb nie...keje skejap first week cuti sek tuh, pastu cuti rabu sampai laaa jemaat depan..hahahaa..biaq padan muka bos...<- jahat!

    ReplyDelete
  3. x pegi mana2..duduk rumah je laa... :)

    ReplyDelete
  4. assalam pia..akk pun blk kg juga, minggu kedua tu. eh kt mana kg hb pia ya, bila tgk mak chaq tu , belah utara ke.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum kak :)

    wah bestnya nak balik kg.

    hmm. janganlah cakap macam tu kak.sedih pulak dengar. mungkin kitorang ni tak rasa apa yang akak rasa. InsyaAllah, mungkin ada yang terbaik balik kampung nanti dari pergi vacation ke tempat lain :)

    ~huu..rindu nak hidu bau and tengok sawah padi..

    ReplyDelete
  6. Minggu pertama cuti kebanyakan anak memang kena tuisyen. Kalau nak jalan minggu kedua saja la Pia.

    Balik kg pun ok juga kan....

    ReplyDelete
  7. datng la melaka kak.. bawak anak2 tu jalan kt bandaraya warisan dunia ni.. hehehe

    ReplyDelete
  8. akk ckp mcm tu seday sy,akk masih ada fam huband akk kan.so jgn lha berjauh hati.

    oooo ingat anak2,tak lulus exam kena nganga kt umah taw =)

    ReplyDelete
  9. sama la kita kakPia...dah yatim piatu dah..balik pun umah Ma di klate..blk trg kejap je jmp adik bradik..No nak p Sabah minggu pertama kak..bia lepas hawa sket tengok dunia lua hehe..

    ReplyDelete
  10. tak gi memana
    baru jer bawak anak2 gi CH bulan lepas...

    ReplyDelete
  11. kg mertua k pia di mana?
    mungkin boleh ambil peluang jalan2 bawak skali mak mertua p tempat2 menarik area sana...
    kita gembira, anak2 gembira n mak mertua pun gembira..heeee

    saya takde plan lagi nak ke mana ...
    dok umah @ jalan2 dekat2 umah je la kak..heee

    ReplyDelete
  12. kak pia... kalo ada masa kita p pekena nasik kandaq.. hahaha

    ReplyDelete
  13. bunga ada nak p jalan2 umah abg bunga..hehe

    ReplyDelete
  14. kita pun cuti tp bkn blik kg sbb anak2 memang dah duduk kg..

    so cuti2 ni nak bawak dorang dtg KL..tak sabo dah ni nak cuti2 malysia :)

    ReplyDelete
  15. hani@debumelukut:
    "jom jalan2 cari makan kak hani.."

    azwandengkil:
    "cabut undi ler apa lagi azwan...tulis2 kat kertas,pastu tu amik satu..haha.."

    Eza:
    "laaa..29 hb akk kat sini lagi la..kalau tidak, leh kita jumpa ..hehe kalau ada jodoh la kan..~bagus amik cuti lama2 biaq boss hang dok meracau...jgn lps balik cuti kerja melambak pulak,haru.."

    Mrs.Yie:
    "tak palah lah..janji adik beradik keliling rumah..kat2 situ pun byk tmpat2 menarik kan mimi?"

    Kak Rosaliza:
    "jom pakat2 balik kampung...yey..a'ah betul tu kak..mmg belah utara,seberang perai.."

    ReplyDelete
  16. sar:
    "Wa'alaikumussalam...akak pun harap dgn balik kg ni dptlah kita pahala ziarah drpd bejalan2 kelain..akk pun rindu gak nak tgk sawah padi..bangau2 yg berterbangan kat sawah..rindu laksa penang,rindu pasembor,rindu ank2 buah,rindu..rindu.."

    Kakzakie:
    'a'ah kak..tusyen tu tak boleh la nak tuang...kang lain kali cikgu merajuk tak nak buat lagi..hihi..Tak pa lah minggu kedua boleh cuti kan kak.."

    BSB:
    "yer ker...best lah kenduri kawin kat kg..sesekali rasa menu lain sikit kan.."

    Taufiq Arifin:
    "lain kali lah jawabnya pegi melaka tu top..ank2 mmg nak kesana dh lama dah..insyaallah,lain kali lah nampaknya...."

    rara pinkmafia:
    "a'ah,sedara2 hubby akk dan sedara2 akk pun ada lagi kt kg tu..kg kami selang beberapa kg jer...~ko tak cuti ker?"

    ReplyDelete
  17. Norhafiza:
    "anak yatim piatu kita ni yer no...tak apalah Allah lebih sayangkn mereka..!eh,no nak gi jalan2 kat sabah pulak yer..tentu bestkan..nanti leh cerita kat blog.."

    miloais:
    "owhh..bulan lepas dah jalan ke CH yer?best tak kat sana?Dgr kata kat sana skrg ni dah tak berapa sjuk dah.."

    Sz:
    "mak mertua akk kat bukit mertajam..macam tu lah selalu suzi..kalau balik kg,kami bawak mak jenjalan umah2 sedara kami yg lain..sbb kalau mak tak bawak..kami belum tentu kenal diorang..~ko tak pegi mana2 yer..lepak2 kat umah pun best sambil layan dvd ngan ank2..ms bila lagi nk tgk diorang dpn mata,ms2 cuti ni lah.."

    Encik Mamat:
    "Alang2 dah balik kg,harap2 kali ni boleh ler merasa nasi kandaq....selalu balik kg pi jln2 penang tu tk penah pun mkn nasik kandaq hihi.."

    bunga:
    "eh,bestnya nak gi umah abang..tp kat mana tu bunga?"

    ReplyDelete
  18. makdara Terdiva:
    "eh,terbalik pulak MDT..kita org bawa ank balik kg...MDT pulak bawak diorang dtg Kl..hihi..smga happy ngan diorang..slmt cuti2 mesia.."

    Rina Avail:
    "kampung akk kat seberang perai(utara) suami akk lak kt Seberang perai jugak tp selatan..hihi..dekat2 jer.."

    ReplyDelete
  19. oo Pia pun sam ngan cik ina yatim, piatu. manalah sama mak sendiri ngan mak mertukan.cik ina tak pegi mana-mana, sebab keja.Pia bolehlah jalan , sebab cuti sekolah.dapat gak release tension.

    ReplyDelete
  20. "ya ker cik ina..apa nak buat kan dah tertulis kita ni menjadi yatim piatu...huhuhu....sian cik ina kena keja..takpalah apa nak buat...kami ni nak gi jln2...yeay2..."

    ReplyDelete
  21. pun tgh pk gak nih. nak bwk anak p mana cuti sekoool ni, hihi

    ReplyDelete
  22. kak pia...
    bestnya dapat jenjelan....sy tak tau lg g mane tapi mcm kene balik johor jek....hehehhe

    nenek dah rindu cucu....

    ReplyDelete
  23. Kakcik akan mula bercuti sebelum cuti sekolah lagi. Lamak! cuti yang kakcik ambil dah melebihi had - macam mana ni??? :(

    ReplyDelete
  24. 2 tempat bebudak tak digalakkan pegi:
    zoo dan hospital sebab banyak dan macam-macam jenis virus

    balik kampung kot ada doyan...

    ReplyDelete
  25. kakchik@ella:
    "pk,kc..pk..mana nak pergi..dok bincang2 ank beranak..hihi.."

    azian:
    "balik Johor la azian...kesian nenek tu...dah lama tak nengok cucu.."

    kakcik:
    "cmana boleh melebihi had pulak ni kakcik?..yg suami saya lak cuti thn lps melambak2 lom abiss..."

    cemomoi:
    "eh,2 tmpat tu..yg kampung tu kena masuk senarai gak ker?hihi..kg ada virus doyan ker..tp mana ada,dah abis musim kot..."

    ReplyDelete
  26. Piasara..akak tak de rancangan pun..anak ada tuisyen juga..

    ReplyDelete
  27. Acik Erna:
    "oh ya ker kak..ank akk pun ada tusyen jugak ker?sama lah kita..."

    ReplyDelete
  28. Piasara,

    akak suka kalau balik kg.. macam2 boleh buat. makan dan makan..heee

    seronok kan.. keluar pagi2 tgk org kampaung bekerja..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...