Monday, 16 May 2011

Selamat Hari Guru!

Assalamu'alaikum...


SELAMAT HARI GURU!
Ucapan untuk semua guru-guru yang pernah mengajar saya,
dari skolah rendah sampai skolah menengah.
Ucapan ini juga untuk guru-guru anak-anak saya....
Semoga kalian terus menjadi guru-guru cemerlang.
Juga kepada semua kawan blogger maupun bukan blogger yang menjadikan guru sebagai kerjaya.

Malam tadi dah siap balutkan budak2 tu hadiah untuk cikgu2 diorang.Masa nak pegi beli semalam tu saja tak bawa diorang,bukan apa..kalau semua ikut...macam2 hal.Nak itu nak ini...nak beli hadiah pulak yang mahal2...bukan tak boleh,tapi agak2 lah..kalau sorang cikgu takpa jugak.Ini masing2 nak bagi kat 4-5 orang cikgu...Bila pegi beli sorang2,senanglah sikit....beli jer apa2 yang sesuai.Semua kedai hadiah dah jem,tak leh masuk...kedai '2 ringgit' lagilah jem....Pegi giant jer lah,sbb kat situ ada kedai hadiah.Beli beberapa kotak hadiah yang sesuai dgn tema dan harga pun berpatutan.Balik tu baru diorang pilih2,mana yang sesuai untuk cikgu pompuan,mana yang sesuai untuk cikgu lelaki...

**********************************************************************************

Pagi2 tadi pulak, kakak sibuk dok ucap
"selamat hari guru, mami..." adik2 yg lain pelik...
"mami bukan cikgu!" kata adik...
Kakak cuba nak fahamkan adik dia.
"sebelum ko masuk skolah sapa yang ajar ko ABC sampai pandai?"
"Sapa yang ajar korang baca buku..?"
"Tapi mami bukan cikgu!" Adik tetap ngan pendirian dia...
Dalam hati dok berkata-kata jugak.."betul tu kakak,mami ni bukan sekadar ibu jer tapi boleh jadi cikgu,tukang masak,tukang cuci,driver,tukang kebun..jururawat,doktor,dukun(sbb kdg2 'menurun' jugak tau..).Selain tu kdg2 mami korang ni leh jadi ustazah jugak,motivator....ish,pendek kata macam-macamlah..."

16 comments:

  1. Assalamualaikum Pia,

    Kita bila jadi ibu banyak merangkap exco itu-ini yg mereka tak tahu hingga kadang-kadang tak terjawab sebab dah banyak sangat exco disandang.....:)

    Selamat Hari Guru buat semua cikgu-cikgu....

    ReplyDelete
  2. ahahaa..
    memang betul pun kak pia...

    mak2 kat umah tu lagiiii banyak pegang jawatan tak rasmi...
    heheee...
    rasanya setiap sambutan hari apa2 memang kita boleh / layak sambut ;p

    ReplyDelete
  3. semua orang adalah guru dan pelajar ..dari lahir hingga ke akhir nyawa proses pembelajaran dan pengajaran tak kan terhenti begitu saja..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum kak :)

    tetiba nak setuju dengan kakak lah. mum pun boleh jadi cikgu jugak. sebab mum dulu yang ajar ABC 123. ehe.

    akak menurun? ehehe.

    ReplyDelete
  5. betul tu....mami memang cikgu nombor satu!....terima kasih dan selamat hari guru....

    ReplyDelete
  6. selamat ari guru...

    hehe.

    ibu bapa kedua merupakan guru..

    ibu bapa jugak adalah guru pertama buat kita kn..

    ReplyDelete
  7. Kakzakie:
    "Wa'alaikumussalam,kak...nampak macam kita ni superwomen kan...tp bukan gila kuasa noh...hehhe...
    ~selamat hari guru semua!"


    Sz:
    "hihi..sz,betul tu sambut jer hari apa2 pun mmg kita layak sambut..."


    hani@debumelukut:
    "betul tu kak hani..kita adalah guru,dan kita juga adlah murid..sbb selagi ada hayat kita wajib belajar..."


    sar:
    "wa'alaikumussalam,heeeee...sar,tetiba jer jadi guru lak kan akk ni...
    ~eh,bab menurun tu kdg2 jer bila mood 'tak betul' dtg...kahkah..."


    Insan Biasa:
    "eh cikgu nombor satu?kalah guru besar nih...hihi.."


    Cik NurulZaty:
    "sejak lahir ibubapa yg mengajar kita kan..ibu bapa merupakan guru selama-lamanya,sbb proses pembelajaran tidak berhenti sampai bila2.."

    ReplyDelete
  8. selamat hari guru kepada semua yang bergelarguru..

    ReplyDelete
  9. semalam geram btl la..anak terpaksa bawak balik hadiah sebab cikgu tak masuk kelas..sibuk main je ngan puak2 dia..huhu..kesian budak2 dalam kelas tu terpaksa bawak balik semula hadiah..budak2 bukannya reti pun nak cari cikgu kat mana..lebih2 lg darjah satu yg masih x tau apa2 pasal hari guru..

    ReplyDelete
  10. selamat hari 'guru' kakPia...tu la kan..mcm2 jawatan kita sebenarnya kan kak hehe

    ReplyDelete
  11. selamat hari guru jugak... ibu ayah adalah guru pertama kita.... mengajar kita tanpa kita sedari.... :> terbaek.... si adik mungkin tak berapa paham lagi.. hehe

    ReplyDelete
  12. kiz:
    "yer..selamat hari guru untuk semua yg bergelar guru secara langsung atau pun secara tak langsung.."

    ReplyDelete
  13. Mrs.Yie:
    "kesiannn...takpa lah mimi,esok hari rabu sekolah kan..suruh ank mimi bawa hadiah tu semula.biasalah hari guru cikgu2 dok sibuk enjoy kat luar kelas...sek ank2 akk pulak setiap kali hari guru diorang tk masuk kelas,dok kt dewan jer...senanglah nk kasi hadiah..."

    ReplyDelete
  14. Norhafiza:
    "a'ah no...kelakar la pulak pagi2 si kakak dah ucapkn utk akk...tp betul jugak kan no...guru secara tak langsung...."

    ReplyDelete
  15. Encik Mamat:
    "heeeee...adik tak berapa faham lagi istilah guru yg sebenar...si kakak pulak dah skolah menengah...faham la....cuma ibu dan ayah kat rumah tu tak mengajar macam cikgu kt skolah...
    mengajar secara lisan jer..tak dak papan hitam dn sebagainya.."

    ReplyDelete
  16. Pia, selamat hari guru. Guru memainkan peranan yang penting dalam setiap orang. Pengorbanan guru terlalu besar. Kita pun guru gakkan selalu ajar anak-anak .

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...