Tuesday, July 19, 2011

Luahan hati seorang ibu...yang sepatutnya diluahkan di mesyuarat PIBG!

Assalamu'alaikum...

Alamak..dah 2 hari dah tak ber up date blog ni,jadi sebelum ianya bersawang elok ler tempek apa2 yg patut k..

Tapi sebelum apa2 nak ucapkan selamat kembali ke SEMENANJUNG buat sahabat kita Norhafiza(No)...Sesampai jer kat sini kemain meronda-ronda sakan kawan kita ni..hehhee..sambil menyelam minum air yer no..?

Semalam sekolah anak2 cuti sebab hari Ahad tu ada sukan kat sekolah diorang,so ramai lah kat rumah ni.Abah diorang pun cuti dpt mc sehari sbb selsema..Kakak jer sekolah,sebenarnya bukan pegi sekolah pun tapi ada lawatan sambil belajar ke PUTRAJAYA.Hurmmm,saya pun tak faham lah kenapa lawatan sambil belajar skrg ni kena buat hari sekolah?

Baru jer minggu lepas kakak pegi kursus kepimpinan pengawas 3 hari 2 malam di JUGRA,BANTING...Tak boleh ker kalau buat kursus ni utk pelajar2 tingkatan 1,2,dan 4 SAHAJA?Pelajar2 tingkatan 3 dan 5 DIKECUALIKAN!Ini tak.....kalau tak nak pegi WAJIB TULIS SURAT TUNJUK SEBAB.Ibu bapa yg tak benarkan anak2 mereka terlibat dgn program ni dikata tak open minded pulak....

Lagi satu yg musykil tu kenapalah dah nak dekat2 PMR ni pulak yg diorang dok sibuk2 nak buat lawatan?Tak faham betul..bukan ker lg dekat nk exam sepatutnya lagi deraslah kena belajar atau tusyen..cikgu2 ni nak buat tusyen kat sekolah tu pikir panjang tapi pegi lawatan rajin pulak....

Tak tau lah macamana keputusan PMR korang nanti..belajar ala kadar jer..selalu dengar cikgu tak masuk kelas lah,cikgu mesyuarat lah,cikgu bersalinlah...hurmmmmmmmm....Setiap hari Isnin pulak masa perhimpunan cikgu/pengetua bercakap panjang sampai diorang ni miss subjek yg pertama.Kalaulah ada duit banyak,kalaulah aku kaya...nak ajer masukkan kakak kat sekolah swasta...memanglah kita kena bersyukur dgn apa yg ada..tapi rasa hati ni kecewa tau tak...Kenapa cikgu2 tak nampak pun bergelut,berguling2 ngajar budak2 yg nak exam tahun ni..?Tapi takpalah kakak,semoga kakak buat yg terbaik dalam exam nanti.

Nasib baiklah en hubby tu sanggup kehulu kehilir menghantar dan mengambil kakak dari kelas tusyen di klang tu..kalau tak tak taulah nasib kakak...nak harap sekolah jer...

46 comments:

  1. As Salam,

    Susah la jugak camtu,kan??
    kat sekolah sini pun sama...
    nk dekat2 hujung tahun mcm2 lawatan ada...sampai xterpilih mana nk pergi..huhu~

    ReplyDelete
  2. kalau pasal kelas tambahan, sekolah saya dulu kt lipis kemain liat nak buat kak..

    tapi asal saya balik kelantan time cuti sekolah, tak pernah tengok sekolah2 kat sana sunyi waktu cuti

    hari2 dorang ada kelas tambahan...kat area terengganu pon sama.

    ReplyDelete
  3. wyna nubies"

    "Wyna,kalau akhir tahun tak pa jugak...peksa dah habis kan..ini tak,tgh2 tahun pulak tu...lg 2 bulan dah nak peksa dah ni,banyak lg tak belajr..huhu macamana ni dah risau sgt ni..."

    ReplyDelete
  4. hemmm... tak de plak sekolah my doter buat lawatan bagai ni... tapi kalo ujung tahun tu adalah... cam tahun sudah... dah habis periksa baru depa buat

    ikut pentadbiran sekolah lah kan...

    sabar ye pia...
    insyaallah... ok jer anak uols tu nanti

    ReplyDelete
  5. aku ibu muda:

    "itulah pasal,kat kampung akk kalau sekolah rendah pun cikgu gila2 buat tusyen..sekali peksa 5o lebih murid dpt 5A..sekolah menengah pun macam tu pmr punya lah ramai dpt 8A..dekat 60 org...tp sekolah rendah kt tmpat akk ni yg dpt 5A upsr paling ramai 7 org...kalau sekolah menengah yg dpt 8A ada lah 2 org...nape erk.."

    ReplyDelete
  6. huhu patutnya lawatan tuh orang buat lepas pmr, buat release tension.

    ReplyDelete
  7. hehe.. syikin takda pengalaman mengajar di sekolah malaysia... macam kat international school... takkan ada cikgu tk masuk.. mesti kena ada ganti... rules :p....

    semoga anak akak sukses dalam pmr nya yer <3

    ReplyDelete
  8. masa saya pegi lawatan sekolah ngan anak tu memang hari persekolahan pun kak tapi nasib la along tu dia kelas PPKIBP (kelas khas) jadi x berapa kisah pasal exam ke apa..

    ReplyDelete
  9. tanak la komplen.. nti orang kata tak bersyukur plak.. hehe... sepatutnya pekerja awam ni buat kerja elok2 sikit.. gaji rakyat amanahkan... jangan pikir makan gaji buta je.. yang betol2 nak mengajar tu berapa kerat je.. yang lain tu fikir senang je... kerja cikgu.. cuti banyak... kerja berapa jam je... bla2... hmmm... melayu makin melayuuuuu

    ReplyDelete
  10. huhu..sama laa..sy pun risau anak nak upsr thn nih.. mcm x cukup masa je dia nak ulangkaji dgn aktiviti sekolah nih..
    apa2pun semoga anak akak akan buat yg terbaik nanti yer

    ReplyDelete
  11. Salam Kak Pia, walaupun Kaz tak pernah mengajar kat sekolah tp dari cerita kawan2, terlalu byk program yg perlu dijalankan kat sekolah atas arahan pihak atasan. Setiap program tu ada objektif dan penunjuk arasnya, perlu dijalankan setiap tahun spt yg ditakwimkan. Cuma mungkin krn terlalu byk program yg bertindih, ada program yg terpaksa dijalankan pd masa yg kurang sesuai.
    Guru2 pula dibebani dgn byk tanggungjawab, bukan shj utk mengajar ttp kerja2 pengkeranian, penyelarasan, pentadbiran, dokumentasi dan sebagainya. Jika diikutkan, masa utk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (P&P) menjadi sgt terhad krn guru2 terpaksa membuat kerja2 lain ini. Masalah ini boleh diatasi jika guru hanya diarahkan utk mengajar dan fokus kpd P&P sahaja dan kerja2 yg tidak berkaitan diserahkan kpd kerani atau pentadbir utk melakukannya.Begitu juga dgn program2 yg tidak berkaitan dan hanya terpaksa dijalankan atas kepentingan individu atau pihak tertentu, semua tu patut dihentikan demi menaikkan prestasi akademik pelajar2 di negara kita.

    ReplyDelete
  12. miloais:

    "uols...tak salah kalau nak buat lawatan bagai tp tunggu lps habis exam dulu..akk tk kisah sbb akk tk benarkn ank akk pegi pun tp ni kursus yg wajib...tq uols,insyaallah smga kakak dpt best result.."

    ReplyDelete
  13. fathiah hamim:

    "a'ah betul tu fa..tak ikut pun tak pa kami as a parents sendiri akn bawa jln2 puas2.."

    ReplyDelete
  14. ukthi syikin:

    "ms akak berpindah ke sini dari shah alam dulu kakak nk naik drjh 3,ramai cikgu dia di sekolah lama tak setuju...bila akk dah lama di sini baru akk faham..."

    ReplyDelete
  15. mrs yie:

    "mimi..best tak jalan2 kat kl?tentu best kan...itu lah mimi zmn akk dulu mana ada rombongan/lawatan dibuat ms sekolah..zmn dah berubah erk..."

    ReplyDelete
  16. en.mamat:

    "amboii taknak komplen,tapi komplen jugak kaw2 pulak tu..haha betullah tu.."

    ReplyDelete
  17. hasue:

    "lebih kan perhatian di rumah..jgn harapkan cikgu 100% tau..sbb cikgu zmn skrg ni byk sgt beban kerja..akk pun tak paham..eh,harap ank sue akn berjaya dlm exam dia nnti.."

    ReplyDelete
  18. kaz:

    "Guru2 pula dibebani dgn byk tanggungjawab, bukan shj utk mengajar ttp kerja2 pengkeranian, penyelarasan, pentadbiran, dokumentasi dan sebagainya. Jika diikutkan, masa utk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (P&P) menjadi sgt terhad krn guru2 terpaksa membuat kerja2 lain ini(akk c/p dr kaz nya komen)...itulah akk tak faham sgt2 ni...zmn akk dulu cikgu mengajar,mengajar...itu jer kalau ada kerja2 lain2 pun berapa peratus jer...tugas mengajar masih diutamakan...Yg lagi satu akak tak faham tu..(sekolah ank akk jer..sek.lain tak tau yer..)ms perhimpunan tu dok berleter lama2 buang masa jer..kalau pun ada byk masalah disiplin panggil budak2 ni duduk dlm satu kelas/dewan ceramah puas2..panggil guru disiplin atau pun polis...jgn buang masa budak2 yg nak belajar...lagi satu budak2 remaja tak suka kena leter..tak kan cikgu2 ni tak faham...adoii pening la nak fikir2 kan kaz...Akak harap jgnlah kamu terasa lak yer..akak pun cakap secara umum jer..nak luahkan perasaan...hanya org2 yg ank2 diorang satu sekolah dgn ank akk jer faham perasaan ni sbb nasib ank2 kami sama..."

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum kak. :)

    hmm, stil isu yang sama kan kak? entah bila la nak habis. silibus selalu kene rombak, tapi cara pengajaran stil tak setel jugak. hmm. anak2 tak pandai, nak tunding jari kat sapa? hmm..

    ReplyDelete
  20. sar:

    "wa'alaikumussalam..isu sama dan tetap sama sampai bila2..lagi pikir lagi pening dan tak ada penyelesaian nya sar...anak2 tak pandai jgn tuding jari pada cikgu semata-mata sbb zmn ni mak bapa kena sama naik main peranan sbb tugas cikgu sekarang ni tak sama mcm cikgu2 20 thn dulu yg mak dn ayah kita boleh serah bulat2 kat cikgu.....malam2 kalau ada masa ibu bapa sila tgk2 ank2 masing dan kalau ada rezeki lebih boleh hantar ke ank2 tusyen...lainlah kalau ank2 kita genius tak payah nak susah2 belajar lah kan.."

    ReplyDelete
  21. Pia , pasal aktiviti tu, cikgu terpaksa mengikut saranan kerajaan sekarang ni. dorang sekarang ni pun dah pening ngan aktiviti yang menimbun. alamatnya pia kena tunjur pada anak pia. kalau nak gi tuesyen pun mahal, dulu pun cik ina tak hantar anak tuisyen sebab tak mampu.

    ReplyDelete
  22. hurm tak tahu , pendekatan sekolah sekarang anak saya darjah satu tk pernah bawak balik buku latihan nak pantau pun susah , nak ajar serba sedikit pun tk boleh last2 kena beli buku latihan sendiri , ajar sendiri di rumah dan hantar tuisyen...kalau tk , tau2 sain report kad ajeee

    ReplyDelete
  23. cik ina do do cheng:

    "a'ah la cik ina..betul lah tu..kena ikut arahan pihak atasan...pasal tusyen tu cik ina ingat tak entri saya pasal astro..pasal nak antar si kakak ni tusyen kt klang kami terpaksa berhenti langgan astro..kalau nk ikutkn kurang mampu tapi kami cuba potong mana2 patut dn pikir mana kemahuan dn mana keperluan...zmn kita dulu tk tusyen tkpa sbb dulu pelajaran sikit dn tk susah sgt mcm zmn skrg,pelajaran bertambah byk dn makin susah.."

    ReplyDelete
  24. puan bee:

    "akak pun pening ni bee..budak2 drjh 5 dn 6 lagi teruk sbb nak UPSR..tiap2 thn tukar silibus baru..apasal tk tetapkn jer..cth mcm subject BI..thn2 dulu format lain skrg format lain pulak..(yg soklan subjektif)...kalau kita tk sibuk2 nk tanya cikgu camana nk tunjuk ajar ank2 kt rumah..
    sesekali kena jumpa cikgu jugak tanya..akk malas nk berdepan ngan cikgu..pakai phone jer senang sikit...tak semua cikgu suka kita dtg berjumpa diorang dn berckp pasal ank2 kita..."

    ReplyDelete
  25. assalam piasara..anak akak pun kata..ada mata pelajaran yang tak habis lagi..patutnya dia kata dah masa buat latihtubi..

    ReplyDelete
  26. kak luahan hati ni bukan untuk PIBG je, tapi patut untuk pihak pengurusan sekolah jugak. supaya mereka alert benda-benda macam ni.

    Oh, Lelakimu Istimewa !
    Sibuk Jaga Hati Orang, Hati Sendiri Sumbat Dalam Tong Sampah

    ReplyDelete
  27. acik erna:

    "a'ah la kak..kena byk latih tubi..tp camana kalau byk yg masih belum belajar kan..ank saya tu kak hari2 balik citer cikgu tk masuk,cikgu itu cikgu ini...
    jawapan saya ini jer kak..kalau nak berjaya,kena usaha sungguh2..jgn mengeluh,buat ulangkaji byk2..kalau tak faham pegi jer tanya dgn mana2 cikgu..pastu doa dn tawakal.."

    ReplyDelete
  28. uhuk uhuk..patot la No terbatuk batuk je..hehe..tima kasih kakPia..semoga pnjg umo ada rzk kita dpt jmp alam nyata la pla ye..

    betul juga kata kakPia tu..time2 cenggini dorg pun tention gak..sedangkan nk raya pun rasa tak selesa sbb nak exam..bg yg dh study betul2 tu boleh la kata nk release tention..tp bg yg masih terkontang kanting last minit huhuhu...saboooo je leee..,

    No doakan semoga anak kakPia berjaya dengan cemerlang nnt ye..amiiiin

    ReplyDelete
  29. bukan k lawatan sekolah biasany wat lepasa abes exam... pelik nye.. hehehe

    ReplyDelete
  30. sama lah adik sy tu kak.nk spm tu.lagik ada rombongan.

    ReplyDelete
  31. yelah kan..
    anak buah kass tu semedang gi lawatan..mcm2 aktiviti..tak taulah mcm mana procedure diorang ni

    ReplyDelete
  32. hurmm..mmg risau lah kalau mcm ni gayanya kan kak..tp insya-allah anak kak akan berjaya dlm peperiksaannya nnt..

    ReplyDelete
  33. kak sabar lah noooo... adoii .. semak pala .. tgok adik2 syikin pun mcm tu... aktivitinya mengalahkan belajar.. kesudahannya kite tau ler mana tercampaknya anak2 kite kalau tk di bendung awal2 ni :) ...


    tengok anak kawan sekolah cina nuu... belajar manjang... pandai bukan main.. belajar yang lebihnya.. aktiviti pon ada juga :p.. apa2 pon kalau seimbang tak da lah parent susah hati nooo...

    ReplyDelete
  34. norhafiza:

    "insyaallah no,ada jodoh berjumpalah kita yer...tq no,ats doa no..smga ank akk dn ank2 kita semua berjaya dgn result yg cemerlang...ntah la no,lg exam UPSR dulu pun akk risau sgt2..ini apatah lg PMR pulak..akk harap jugak smga soalan tak susah sgt nnti sensnglah diorang nk jawab..hehehe.."

    ReplyDelete
  35. taufiq arifin:

    "ntah la topp...akak pun tak tau apa motif diorang ni,apapun tolong doakan kejayaan ank2 dn adik2 kita yg nk exam tu yer..."

    ReplyDelete
  36. rara pinkmafia:

    "mungkin diorang fikir tak salah kalau pegi rombongan sbb sehari jer kan..tak kan nak terjejas pelajaran yg dalam kepala tu..tp bg akk kan elok pegi lps exam jer..."

    ReplyDelete
  37. nurkass:

    "ntah la kass...akak pun tak faham dgn sekolah skrg ni..tp,sama2 lah kita doakan smga diorang ni berjaya...dan berharap juga jgnlah keluar soalan2 yg rumit smpai susah nak jawab nanti..insyaallah..."

    ReplyDelete
  38. rina avail:

    "mau nya tak risau rina..dah dekat sgt dah ni nak PMR..kalau ujian besa2 tu akak tgk result nya teruk betul...tp harap dia akan berjaya kan..."

    ReplyDelete
  39. ukhti syikin:

    "betul tu syikin,kalau seimbang akak tak risau..tp ini berat sebelah pulak..nasib lah ank akk ni tak aktif dlm koko,kalau tak lagi haghu...kamu tau tak,sblm pegi kursus kepimpinan pengawas 3h2m tu sekolah diorang ada pegi kursus kadet polis 3h2m juga kalau tk silap..tp ank akk tk ikut kursus kadet tu..kwn dia lg teruk baru balik dr kursus kadet,pegi pulak kursus pengawas..sbb terlampau letih dan stress dia dah tersampuk ms kt kem tu..skrg dok sibuk berubat..exam lg 2 bulan jer...kesiann sgt tau..tolong doakan yer...classmate si kakak ni..."

    ReplyDelete
  40. :( subhanAllah... entahlah... apa yang sistem pendidikkan ni pentingkan sangat koko tu... kesian budak2.. mana stress nak exam lagi..

    insyaAllah kak.... semua akan ok insyaAllah.. kesian kat dia.. badan mesti penat dan lemah...


    mana akaiiii depa ni... budak2 tu dikerah nya :(

    ReplyDelete
  41. memang biasa dengan masalah cikgu kurang masuk kelas ni... mungkin banyak sangat bebanan tugas kot..

    ReplyDelete
  42. ukhti syikin:

    "insyaallah,akak pun harap semua nya akan ok nanti..tq syikin.."

    ReplyDelete
  43. green apple:

    "iyer lah tu mmg betul cikgu skrg byk bebanan tugas..itu yg akak di beritahu lah.."

    ReplyDelete
  44. piasara...sabar aje.kalu masuk sekolah swasta sama aje.lebih teruk ada sebab anak ummi 3 orang sekolah swasta & sekarang ummi suh ayah dia tukar ke sekolah kerajaan sebab sekolah swasta ni 'mencekik' duit banyak sangat.sikit2 nak kena bayar dulu baru buat,pastu tak sempurna.anak2 sekolah kadang2 dah jadi macam pembantu - suh anak2 kita belikan top up la,beli tu la ini la.kite anta sekolah suh depa belajar bukan suh jadi kuli cikgu2.sekarang ni dah sekolah kerajaan ok sikit.tapi macam sama la macam anak pia.dekat nak peksa,time tu la nak sukan la trip la....maybe nak redakan tension bebudak ni kot.ummi cuma bole think positive je la.ummi pun ada 2 anak di form 4 & nak spm tahun ni.

    ReplyDelete
  45. ummiprincesses:

    "yer ker macam tu ummi...kalau macam tu mmg teruklah kan..apalah nasib ank2 kita ni..tp saya nak hantar sekolah swasta tu mmg dlm mimpilah ummi...harap hantar tusyen je lah...apapun semoga ank2 kita berjaya tak kisah lah macamana cikgu2 layan diorang yg penting diorang yg punya hati dan semangat nak belajar..."

    ReplyDelete
  46. tak boleh salahkan cikgu juga...kadang2 arahan tu datang dari pihak atasan...cikgu yang tugas hakiki adalah mengajar dah jadi kerani, tourist guide dll...kadang2 sian juga tgk cikgu ni...yang rugi pelajar....mmg betul kalau byk duit niat hati memang nak hantar ke sekolah private jer...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...