Thursday, August 11, 2011

puasa 9,10...

Assalamu'alaikum...


Alhamdulillah...dah sepuluh hariiiiii?Ya allah rasa cepatnya masa berlalu..tp kalau budak2 tentu diorang rasa lambat kan...asyik tanya bila nak raya,bila nak balik kampung...bila nak buat kuih raya..asyik2 itu jer diorang dok tanya...takde soalan lain dah...

Korang sihat ker...rasanya di bulan puasa ni jarang sangat saya dok merayau ke rumah korang kan..kalau ada pun 2,3 rumah jer..komen kat entri pun tak berjawab(tp saya baca tau semua komen2 korang)...sorry ler yer,sbb saya ni sibuk sgt...biasalah sibuk dgn anak2.Sibuk ambik dan antar anak...sibuk ke kedai beli itu ini sbb nak beli macam2 barang untuk meniaga..haha,macam lah besar sangat bisnes tu kan...

Tapi dalam sibuk2 tu,tak lupa juga dgn amalan2 untuk dibawa bekal ke sana nanti..bab tu tak payah lah nak citer kat sini kan..Sendiri buat untuk sendiri,utk tampung2 yg mana patut....tak payah lah nak hebah2 yer tak..kalau citer pasal resepi tu ok lah..

Heehe..makan apa petang tadi?Sahur tadi..sahur nanti?Tentu habis modal dah tu korang tak tau nak masak apa betul tak?Kalau utk berbuka,tentu ramai yg suka membeli di bazar,betul tak?Bukan suka ,tapi terpaksa...kalau saya pun jadi spt korang yg bekerja tentulah saya pun akan terpaksa membeli saja sbb takde masa nak masak..kalau ada masa pun tentu letih kerja seharian tak membenarkan kita untuk bersilat kuntau di dapur pulak kan..

Bagi yang rajin tu..itu semua bukanlah alasan betul tak?Dari bangun sahur lagi dah siap sedia bahan2 nak masak petang nanti..balik jer keja terus menumis untuk buat mihun ker mee goreng ker..betul tak..Ada yang macam ni kan....baguslah sbb memasak sendiri lebih terjamin kebersihan...nak2 pulak kebelakangan ni ada berita yg tak enak di dgr pasal bazar ramadhan yg menjual makanan tercemar..Tolong hati2 yer pada kawan2 yang membeli di bazar tu..tengok2 dulu sblm membeli...

**Ptg tadi berbuka dgn spagetti..heeee bukan main lagi tu..ngalahkan org putih lak..malu nak ngaku pertama kali buat tu...nasib baik sedap...haha sedap ker..perasan.Oh ya,resepi korek2 kat google lah...

Lps berbuka dan lps jer solat,terus ke dapur lg buat cucoq udang...kuah dia,kuah cili.....skodeng kat blog cik ina....Dah berbuka baru nak buat cucoq ker?Dak aihhh,bukan nak makan lagi...tp nak bawak pi surau,malam ni blok saya punya turn buat moreh...kita org tk berpakat..masing2 masak sendiri jer....Kat tempat korang masih ada lagi ker moreh lps terawih?
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Adik dah betul2 kemaruk..asyik nak makan jer lps tak sihat sbb demam, cirit-birit dan muntah muntah minggu lps...kesian pulak nak suruh dia pose....baru sihat kan..tapi pukul 1 baru makan...ok lah tu janji dah pose separuh hari..

Sekian...jumpa lagi nanti..

17 comments:

  1. Kalau yg bekerja atau yg keluarga kecik(suami isteri dgn anak masih kecil) mungkin prefer beli je juadah kot..kite nih mcm x berbaloi je nak beli juadah bazaar ramadhan.. kalo pg bazaar pun cari kuih muih/dessert sikit2 jer..selebihnya beli air yg takde kat umah mcm laici kang ke..ehee...

    semoga adik cepat smbuh sepenuhnya n kembali smngt nak berpuasa.. ;)

    ReplyDelete
  2. sy ni masak kengkadang beli..hari-hari masak sendiri jemu juga hehe

    ReplyDelete
  3. Pia , cik ina kalau boleh tak nak beli sebab jemu . bukanlah kata masak sendiri sedap, lebih kepada nak memuaskan hati sendiri. kat rumah cik ina ada moreh, tak chek lagi bila, selalu cik ina buat kuih je.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum kak.

    hee, biasalah soalan di bulan2 puasa ni semuanya berkisar pasal raya la pulak. puasa baru 10 hari. hee. :D

    sedapnya spegeti. feveret tu. belum sempat lagi nak buat. tapi kat rumah saya kak, mylil bro letak menu hari2 hehe. bukan main lagi pakai order je. tapi tengok kerajinan jugaklah nak memfollow menu2 tu semua. hehe.

    sekarang saya dengar harga makanan kat bazaar mahal ye kak? hmm, saya tak bekesmpatan pun ke bazaar lagi. tu la, kena hati2 jugak nak pilih makanan.

    tempat saya ada lagi moreh tu. macam tahun2 lepas jugak, macam biasa je. lagi biasa jugak, dah masuk malam ke 11 ni, jemaah pun sama susut kak. uhuu.

    get well soon for him kak. tengah ada selera nak makan tu ok la. takda la makin kurus.

    selamat berbuka, bersahur dan beribadat kak :)

    ReplyDelete
  5. aina sampai rumah pukul 5.30 atau pukul enam terus je bersilat kat dapur. dapat lauk sejenis, gornag sayur atau ikan dah cukup. anak2 nak juga mak memasak. kalau ke bazar ramadhan pun cuma beli kuih atau nasi kerabu kegemaran abang atau nasi lemak kesukaan kakak dan adik...

    mak makan apa yg ada sahaja...

    moreh aina bagi sumbangan je, ajk surau yg uruskan semua...

    ReplyDelete
  6. adik dh sihat dah pia...alhamdullilah..ank cha yg dh besar pnjg ni pun klu demam payah nk jaga nikan pulak adik yg kecik...xpe eh 1/2 day pun x pe...dulu masa cha sekolah pun arwah mak kata klu x tahan buka jer...:)) lagi lak adik br jer sihat kan.. :))

    ReplyDelete
  7. iols masak utk sahur jer beb... berbuka sokmonya beli.. tak sempat nokkk!~

    ReplyDelete
  8. selalunye masak...kalau tak sempat main tunjuk2 jer...

    selalunye kuih beli jer..tak sempat nak buat pun..balik dah petang...

    ReplyDelete
  9. betul ler lepas qaheer keluar hos. BSB kena masak lerrr...

    ReplyDelete
  10. bila la nak dengo omputih bbuka dengan cekodok plak yea

    ReplyDelete
  11. salam buat pia...menu apa hari ni?

    ReplyDelete
  12. Bagi idea sikit, akak dah buntu nak masak apa dah ni..

    ReplyDelete
  13. No memang suka spegeti tu hehe..No ingat sepanjang ramadhan No memang jarang beli kt bazar..klo terdesak sangat br la p beli..abg lebih suka No masak walopon lauk nye ala kado je huhu..(dalam hati ni teringin gak nak merayau2 kat bazar huhu)

    ReplyDelete
  14. oh ya kakPia..alamat kakPia No taks empat nak salin hr tu..kemudian tetiba yahoo no takleh buka nk semak..semalam br ok tp alamt akak No takleh nk download huhu..kakPia anto skl lagi ek..kat FB pun ok kak..mmm br 7org yg bg info, ada 3org lg belum..

    ReplyDelete
  15. kami keluarga kecik je. (ber3).. rasanya lbh jimat beli yg dah siap masak sbb kdg2 nak menu lain2. klu nak masak jenuh jugak

    ReplyDelete
  16. sama plak menu kita spageti semalam kak...

    saya ni kalo boring beli, masak la plak..boring masak, p beli plak...
    yg konpem tiap2 hari mesti masak nasik, masak air ...

    ReplyDelete
  17. Salam Kak Pia, Kaz selalunya cuba masak sejenis dua lauk berbuka. Tapi kuih muih tu selalunya dibeli saja, lebih jimat dan boleh makan macam2 jenis kuih. Kalau buat dapat sejenis je lah.

    Smg Adik cepat sembuh spt sediakala ya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...