Friday, October 14, 2011

Tembok penjara terpaksa dinaikkan!


Assalamu'alaikum...

Apa khabar korang?...ishh tak tau nak update apa ni...a'ah sebelum tu,sebelum melalut lebih panjang lebar(tp takde idea konon..)saya nak ucapkan terima kasih kat korang yang bagi komen kat entri saya yang lepas..(KLIK SINI)Alahhh..pasal perempuan sebelah pintu saya yg 'sakit'tu.

Hari ni saya nak respon sikit pada satu komen...Respon jer tapi bukan ada hadiah ker apa..hehehe...Baca kat bawah ni..



Semua komen2 dari korang semua,amatlah saya hargai..Terima kasih sangat2..Bukan apa,selama ni saya dok fikir betul ker apa aku buat ni..tp bila bc komen korang rasa terubat sikit jiwa.Dan seperti komen HASUE tu..memang betullah...SAYA YG MENGADAP NI HARI2..bak kata pepatah..BERAT MATA MEMANDANG,BERAT LAGI BAHU MEMIKUL!

Cuba baca komen yang bergaris merah tu...yang tu saya kena berterima kasih sangat kat en hubby saya tu.Yalah,en somi hari2 pegi keja,dia tak dgr apa2...saya yang tercongok kat rumah ni hari2 makan hati....Suruh dia buat tembok,dia kata mcm penjara...Hari2 saya dok citer kat dia,saya dah sakit telinga dgr radio rosak tu....Itu yg last2 hubby saya pun terpaksa buat juga tembok tu..Korang tau tak,kalau takat pokpek sikit2 tu ok jugak..itu belom lg part perempuan tu memanggil ank2 dia..ada nama elok2..NUR FARAH EZREEN ADRIANA BATRISYIA...(sila jgn percaya,nama ni saya reka jer..ahhahaha..)...suka sgt dia panggil BODOH,bila marah jer..bodoh...marah sikit,bodoh...


Haa...korang tengok ler gambar kat atas tu,nampak tak tembok bata yang masih belum bercat tu?Hubby saya nak boh tile tu sbb tk boh cat~dah 2 thn lebih dah belum jugak bubuh!Buat sendiri kan..tunggu ada masa....bila nak ada masa dok asyik keja jer...Tembok yang terpaksa dia buat w/pun hakikatnya dia tk suka.Betullah kata hubby saya kan..tak elok kalau kita buat tembok antara rumah kita dn rumah jiran...Dah tutup habis,camana nk tegur2...Di sebalik tembok simen tu lah rumah perempuan sebelah pintu saya tu...Kalau korang boleh ker, keluar rumah jer,nampak muka orang tu?Saya bukan nak membesar2 kan isu ni..saya cuma nak meluahkan perasaan jer,dan nak minta pendapat...jauh di dalam hati ni saya kalau boleh nak baik2 dgn dia sbb saya takut TAK CIUM PINTU SYURGA,tapi korang tengoklah sendiri...

Ini nak gitau jugak kat korang gambar kat atas tu,selain dari gambar tembok..yg lain2 tu bukan muka tembok yer..Itu ialah cikgu2 KAKAK(terpaksa blurkn muka diorang nnti diaorang marah pulak..)Lainlah kalau KAKAK yang tepek gambar diorang,lantak dia lah......MAJLIS NI BERLANGSUNG SEMALAM..Majlis makan2 untuk kawan2 dan cikgu/i kakak bersempena selesai PMR...Nak tengok gambar2 lain,sila KLIK SINI.....Gambar kakak pun takde sbb dia sibuk tolong saya sepanjang majlis...LOVE YOU VERY MUCH KAKAK!

Majlis semalam mmg happening lah....macam nak terbalik rumah dibuat budak2 tu..Tapi takpa..bukan selalu pun...Antara menu2 smlm,NASI DAGING,NASI IMPIT,KUAH KACANG,MIHUN GORENG,BINGKA PANDAN...dan KEK BATIK...
(gambar kek batik saya yg comot tu ada kat blog kakak)

(Resepi kek batik ni saya cilok dari BLOG HASUE~TQ sue!)Saya dah penah buat kek batik ni,tapi ini kali pertama try resepi HASUE(resepi asal menurut kata hasue ialah dari mylla@myresepi.com)Memang sedaplah,budak2 tu suka sangat....Korang nak resepi..KLIK SINI!

OK lah korang,jumpa lagi lain kali
...INSYAALLAH!


14 comments:

  1. Masalah dgn jiran ye Pia? Kalau rmh sewa, blh gak kita lari. Kalo rmh sendiri??? Mau sengsara seumur hidup berjirankan org camni.

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Pia, Kaz pun pernah mengalami nasib yg sama sewaktu tinggal di rumah mak kat PB dulu. Jiran ni mmg satu keluarga jenis suka bergaduh dari bapa, emak sampai ke anak dan menantu. Tak semena-mena depa sekeluarga lancarkan perang pada Kaz sekeluarga dan juga jiran2 yg berdekatan dgn rumah depa. Rupa2nya depa buat mcm tu sbb dok rasa mcm semua jiran tetangga dok mengata kat depa bila salah seorg anak daranya mengandung sblm nikah sedangkan kami semua mmg tak tahu pun ttg perkara tu.Kaz faham sgt bila Kak Pia kata mcm mana nak mengadap depa bila setiap kali keluar rumah. Kaz dulu pun rasa tersiksa sgt setiap kali nak balik dan keluar dari rumah. Ada saja yg nak memerli kita, kdg2 bila Kaz sampai je kat pintu pagar Kaz, akan ada anaknya yg menutup pintu rumah depa sekuat hati. Syukurlah la ni depa dah tak duduk kat situ, kalau tidak boleh meroyan mak Kaz.

    Apapun Kak Pia, ingatlah Allah tu maha mengetahui segalanya. Kebenaran tu akan muncul juga suatu hari nanti. Smg Kak Pia terus tabah dan cool ya.Hidup Kak Pia!

    ReplyDelete
  3. Pia..kalau pia pintu sebelah..boleh ditembok kan..acik pulak..macam yang pernah tuis kat blog dulu..satu opis..lagi seksa..nak pasang tembok camana..tak boleh nak menyorok..

    ReplyDelete
  4. ihikss..tembok hr ni jadik glamer pia!!!!!

    ReplyDelete
  5. jiran uols tu tak berapa ok kot!
    ekekekek..

    tapi kan... apa kes nak marah anak panggil yg bukan2 ni!

    tak baik lah kan...
    nak marah pun - guna lah perkataan yg elok skit!

    ReplyDelete
  6. sy penah gak cadangkan kat mak sy utk boh tembok (smalam kan sy citer jiran mak sy sama mcm jiran kak pia nih)

    ReplyDelete
  7. Saya pun pernah alami masalah gini. Walaupun tak buat tembok setinggi tu tapi cukup tinggi asal tak payah nampak muka orang sebelah kiri rumah tu pun jadilah. Susah jugak tapi perlu buat untuk survival jiwa. Nasib baik orang tu pun dah pindah. Lega sungguh.

    ReplyDelete
  8. adui macam2 raam jiran nie kan..klu sy pun sakit jiwa juga!hehe..

    ReplyDelete
  9. jiran kpah masa rumah kat taiping dulu tu...dia yg siap2 buh plastik tutup..sebelah rumah kpah tu..kalau ikutkan sakit hati sbb mcm2 yg dia buat kat kpah..tapi kpah buat tak tahu je..satu perkara yg dia hot ialah bila ramai yg suka nak kawan dgn kpah...Legalah sbb kpah dah pindah..dari rumah sendiri ke rumah sewa...!!!

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum kak. hee. tak tau nak kata apa daa. tak pernah dapat jiran macam gitu, :D

    ReplyDelete
  11. pia , ini cite kelakar ye,jiran sebelah umah cik ina tu pun cam tu, suami nak pasang tembok cik ina tak nak, suka sangat nak pandang muka dia, dia sendiri termalu-malu. bizi body sangat. oo kalau jiran pia jenis keras kepala, kena gak pasang tembok, pasang sampai bumbung, tak yah nak tengok muka dia lagi. tak tahu lah perangai jiran sekarang tak semengah tak cam kita kecik-kecik dolukan.

    ReplyDelete
  12. orang kalau dah hati perut busuk, nak buat mcmana kak. sbaq kak . TUHAN MENGUJI

    ReplyDelete
  13. mak ai..xsangka pulak ada tembok mcm tu huhuhu...sabar je la kakPia dengan karenah dia ye..huurrrmmmmm

    wah, meriah sungguh la klo mcm tu...alhamdulillah, semoga rezeki kakPia lepas ni akan bertambah2 lagi...amiiiin..

    ReplyDelete
  14. adoi mcm2 ade .. saya kalau nak marah anak2 je tk sampai ke jiran , cam mana leh marah anak bodoh2 tu ..

    kadang2 lebih senang ada tembok ye kak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...