Saturday, March 31, 2012

Penting untuk rujukan siapa2 yang kena...

Assalamu'alaikum...

Hurmm...macam ada yang tak kena jer malam ni..itulah kalau sibuk, mengeluh jer....kalau takde keja nak buat punyalah boringnya...nak bersembang pun takde kawan pulak..nak call someone?Itu pun kalau ada yang rajin berborak ngan kita...padahal kita ni boring sesangat..orang lain tu macam2 keja nak buat ada ker masa nak layan kita ni kan...

Apapun malam ni tak macam selalu,sibuk buat itu ini....tapi nak kata tak buat apa2 tu bohong jugak sebab skrg ni baru jaa habis buat sebiji kek...dah masak dah pon....sebelum tu pulak,buat kuah laksa.(Ni kakak la ni..dah 2 minggu tk balik umah,smlm tepon ckp nak makan laksa..)So esok kena pi kat kakak lah bekelah laksa kat K. Selangor nun..Tapi dlm sibuk2 tu,selalu habis keja terus tido jer...malam ni mata ni tak rasa ngantuk lagi pulak.

Oh ya rasa malam ni macam nak kongsi sesuatu ngan korang,penting ni.....Entri saya sebelum ni pasal scabies...alahh makhluk hama yg menyerang adik tu...mana tau kot2 ada antara ank2/anak2 buah korang terkena serangan gatal2 kulit...sblm melarat cuba pi cari dulu kat farmasi,tentu ada jual ...cuma yang ubat makan dan antibiotik tu kalau terpaksa kena jumpa doktor baru leh dpt kot.....apapun sblm jumpa doktor kalau kena ubatnya tentu baik kan...

Nama2 ubat ni mungkin dapat membantu untuk rujukan masa2 akan dtg kalau2 ada antara kita kena serang ngan scabies ni...Lps dpt ubat/krim ni saya siap google kat tenet ni nak tau jugak fungsi2nya..Dari blogger2 lain yg penah kena masalah camni pun ada kongsi ubat/krim yg sama..Tapi bila dpt tau rega2 ubat/krim tu murah jer kalau beli kat farmasi....rasa geram lah jugak sbb dkt pakar kulit tu kami kena charge 600 lebih utk 2 org..Hurm...tapi itulah harga seorg pakar!Memang berbaloi lah dgn usaha utk menjadi sorg pakar!Utk sorang pesakit jer rega utk konsult jer belom masuk ubat lagi dah 150
ringgit..bayangkan...mak aii kaya..kaya..

Ok teruskan membaca...hehe,paksa orang lak...Ini antara senarai ubat atau krim yang kami dapat masa jumpa doktor hari tu..

A scabs-sapu seluruh bdn (leher ke bawah)sblm tido
pinetarsol-pakai sbgai mandian semasa mandi,biar sekejap buih2 di bdn sblm bilas
AQ(aqueous cream)-sapu seluruh bdn-fungsi dia sbgai pelembap rupanya,ada satu blogger tu pandai tau dia amik krim ni yg asalnya utk aczema anak dia ,pastu sapu kat tumit kaki dia yg pecah2 tu..berkesan lak tu..nanti nak trylah.memanglah kan tumit kaki leh jadi pecah2 tu sbb kekeringan,bila dah sapu pelembap hari2 of coz lah jadi cantik kan..logik tak..?Lastly
betasone-sapu seluruh bdn slps krim AQ

Hahh..itu semua untuk disapu kat kulit yg gatal,kalau ubat2 untuk makan pulak lain..Antaranya ialah:erythromycin 400mg,zyrtec 1mg
dan prednisolone 3mg.

Inilah adik..(oohh ati,ni lah adik,a.k.a anak bongsu saya..)adik ni umuq dia baru 7 tahun..Gambar ni saya snap ms nak balik dah dari DEMC tu...cantik kan spital dia la ni..dah besaq,gah seantero selangor...Kalau dulu ms kat sek 9,kecik dan sempit jer kan...

Update:Adik dah leh kata 99.99% baik dah dari scabies tu...Dan sepatutnya minggu ni kena follow up ngan pakar kulit yg kami jumpa minggu lps tu..tapi sbb kekangan masa...dan...dot..dot..dot...(alasan paling kukuh ni..)sapa nak jawap?..terus kami tak pi.Ada ka patut?

Sampai sini jer untuk kali ni,jumpa lain kali insyaallah.

10 comments:

  1. Alhamdulillah dah sihat ye Kak, ishh, bahaya kan kalau benda yg xleh di tgk ngan mata kasar ni....

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Pia, syukurlah adik dah sembuh. Kesian bila baca entry akak sblm ni. Anak2 Kaz dan Kaz sendiri selalu juga kena penyakit kulit dan setiap kali pi jumpa pakar, mcm nak terkeluar jantung bila nak bayar harganya.

    ReplyDelete
  3. Assalam pia, wah mahalnya bila jumpa pakar kan, dh pulih sepenuhnya tak foloup pun ok dah tu heheh, tq pia kongsi2 kat sini

    ReplyDelete
  4. salam pia

    dah lama tak dengar berita pia, ciannya kalau budak-budak kena gatal -gatal cam ni, sebab cik in tahulah Firdaus ni pernah kena gatal-gatal sampai ke tut gatal, puas gak cik ina bawak dia berubat sampaikan doktor kata dia kudis buta. Lepas ni bolehlah cik ina cari ubat yg pia senaraikan tu. terima kasih pia

    ReplyDelete
  5. DEMC now dah makin mahal.. Dulu mmg selalu pegi DEMC. Now i nak cuba ke SALAM pulak.. Nak wat cam ne. Kena bayar sendiri..

    Moga cepat sembuh lah ye..

    ReplyDelete
  6. wah... dah cantik DEMC ni... anak kedua kami lahir di sini tapi masa tu hospital yang lama lagi la.... heee3x

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Puas akak renung gambar tu, rasa2 macam kenal rumah DEMC.

    Yerlah begitu nilai seorang pakar kan, tak aperlah asal anak kita sihat,

    ReplyDelete
  8. Kalau boleh jangan lah sapu Betametasone valerate kat anak...kesian dia :(((

    http://krupkrup.blogspot.com/2012/06/mengejutkan-laporan-penindasan-kelenjar.html

    ReplyDelete
  9. Ada cadangan kalau terkana kat bby umo 2bulan? Ubat ape yg sesuai. Sedih rasa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...