Saturday, June 18, 2011

Rezeki jangan ditolak,musuh jangan dicari...

Assalamu'alaikum...

Kalau kita bayar,tentu kita nak yang terbaik kan.Tak kiralah perkhidmatan atau barangan.Betul tak?Saya ni bukan lah orang yang cerewet sangat...tapi serius cakap,saya cuba untuk jadi pengguna bijak jer,alahhh mcm kempen kat tv tu.....Jadilah pengguna bijak!
Ingat tak entri ini...Ini ialah entri WW saya yg kedua pada hari Rabu lepas...Dah setahun berblog,baru nak cuba buat entri wordless,tapi tak puas hati sebab tak dapat cerita detail pulak.

TERIMA KASIH untuk tukang2 komen entri tersebut...Pengomen tegar semuanya kecuali ada nama baru...raden(komen dia ni lah yg buat saya nak detailkan WW#2 saya tu)Yg lain2 mcm biasa...milo(akak ni spesis ko lah uols,tak leh nak wordless2...tak gitu cik ina?heeeee...)kass,top,kiz,kak hani,kak erna,no,izan dan cik ina.

Mana ada kami membazir,makan habis semuanya,tak caya tengok tu...gelagat anak-anak yang kelaparan.Padahal kat dalam keta tadi dah makan mee goreng.Hmm,nama pun budak2 kan....

Budak2 ni kalau dlm keta mmg tak reti dok diam,tidor...makan...mkn...tido...Balik kg hari tu bawak bekal nasik lemak dan berkelah kat sini.Ini nak balik rumah sendiri bawak bekal jugak tp tak meriah sgt lah.Takde idea nak masak apa pagi nak bertolak tu,last2 buat mee goreng jer.Dapat lah dua tupperware,mil saya lak bagi 1 'tipu'ware penuh ketupat palas.Bekal2 lain biasalah kalau balik kg..bahulu,kuih bakar,peneram dll.

Masa berhenti kat R&R tapah tu,mak aii ramainya org...kan dah cakap,org mesti ramai punya kalau time2 cuti sekolah ni.Singgah beli air...budak2 ni ada yg lapar nasik pulak.Biasalah org melayu...w/pun dah makan mee,nak nasik jugak.Nak makan kat tmpat mkn tu ofkos lah takde tmpat kosong...tapau jer pastu suruh diorang makan kt kerusi rehat tu.
Saya cuma beli dua bungkus jer..suruh diorang share jer sbb dah makan mee tadi...bkn mee jer malah mcm2 lg....kang ada yg termuntah pulak kt dlm keta.(Tak sedap pon habis licin,budak2 tau apa kan...lagipun ank2 saya ni memang jenis tak cerewet)

Ada satu citer ms beli mknn tu.Ada sorang abang ni tapau nasik,disuruh boh sup bebola ikn,dia tk ckp nk berapa biji.Jurujual pompuan tu letak byk la jugak.Apalagi mengamuklah dia,di suruh buang,mana boleh sbb dh bercampur ngan nasi...so mahallah dia kena bayar.Tapi saya agak berhati hati sbb tgk list tanda harga yg diorang lekat kt ats dinding kedai.Seringgit untuk 4 biji.So,lps bajet...sy cuma bayar RM3(nasi putih seringgit+sambal telor seringgit sebiji+bebola ikn seringgit)Harga set yg ada ikan keli tu pulak ialah Rm6.50...habis bajet dah tu...hahaha..berkira ker kedekut nih?Apa2 jer lah!Nak kata saya berkira atau kedekut pun tak kisah sbb saya ada alasan munasabah!

Sepanjang 17 thn dok kat lembah klang,dok kulu kilir kulu kilir ke kg kan...semua R&R dah try....ada yg sedap,ada yg sedang dan ada yg langsung tak sedap.Hahh,kalau balik ikut jln tepi pantai (k.s'ngor-t.intan-lumut).....byk kedai makan yg menu dia best2,sedap dan harga pun berpatutan.Kat R&R tu agak mahal sbb kos sewa kedai,betul tak?

Sekian,jumpa lagi...Insyaallah.

30 comments:

  1. salam,
    semalam singgah rnr on the way balik kl. beli teh ngan nesc je. Makan macam tak lalu je tengok menu.
    sebenarnya dah terlebih makan masa brekfes. singgah pun cuma nak minum hilangkan ngantuk.

    ReplyDelete
  2. biasanya kat R&R ni mmg mahal kak pia..kass pun pernah terkena gak..nasi+ikan sembilang sambal+sayur semua tu rm6.50..amik kau..haha..tapi nasib baik sedap...

    ReplyDelete
  3. kedai dekat r&r tu individu sewa ye..ingtkan plus punya...selalu duk pk diorg jual mahal sbb tak dak pilihan lain dah huhu

    ReplyDelete
  4. Piasara..akak pun sama..kurang suka makan di R&R..makananya tidak menepati selera..

    ReplyDelete
  5. Apa yg penting kalau beli kenalah makan habiskan. Rugi duit kalau tak haibs. Kalau dah tahu kurenggg sedap baik beli sikit saja Pia.

    Seronok lihat gambar anak-anak makan, khusyuk tak ingat lain :)

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum kak :)

    betul tu kak. kalau lalu kat belah k.selangor, t.intan memang banyak kedai makan. sedap pun sedap. harga pun berpatutan. berbaloi-baloi gak la.

    saya pernah jugak kena caj mahal masa makan kat r&r. rasa? aduyai! sedeh! harga tak payah cakap lah. uhuu.

    ReplyDelete
  7. anak anak sedang membesar memang suka makan, makan pun tak kira masa, asal lapar je diorang nak makan kan?

    ReplyDelete
  8. aina kalau balik kg lebih selesa masak dan bawak bekal nerhenti kat r&r cari tempat lepak. kalau dari kg pulak bungkus nasi lemak siap2 bawak bekal...

    ReplyDelete
  9. ibundo:

    "salam ibundo...heee,samalah kita sblm bertolak dah isi perut kenyang2..hubby sy pun sama...cuma ank2 jer,tgh nak membesar ni diorang memang kuat makan.."

    ReplyDelete
  10. nurkass:

    "itulah pasal kass,sblm ni ms ank2 masih kecik,kalau tak bawak bekal,akk selalu beli nasi ngan ayam goreng jer..RM4.50 sepinggan...kali lah 5 pinggan...sian ank2,sbb menu semua mcm tk best jer sbb tu amik ayam goreng jer...tu lah malas nk mkn kt R&R ni..mahal..kalau org berada lainlah..."

    ReplyDelete
  11. suri solehah:

    "a'ah la suri diorang kena bayar sewa ngan plus kan.."

    ReplyDelete
  12. Acik Erna:

    "a'ah la kak..selera kita ni lain..kalau bebudak atau org bujang tu apa diorang tau...belasah jer.."

    ReplyDelete
  13. Kakzakie:

    "itu dah terpaksa kak...a'ah..seronok tgk ank2 makan kan...tk nmpak org dah...rezeki allah,syukur...syukur jugak sbb diorang ni tak reti demand.."

    ReplyDelete
  14. sar:

    "wa'alaikumussalam sar...hubby akk suka balik ikut jln kg..akk pun..jln dah elok skrg ni kan..lgpun sejuk jer..tp ank2 takleh la sar..4 org ank akk kecuali si abg..akn muntah2 kalau ikut jln kg..mungkin sbb tak straight dan laju mcm highway kot.."

    ReplyDelete
  15. sayangsayangibu:

    "a'ah,betullah tu..asal lapar nak makan jer..kdg2 tak lapar pun nak makan gak...selero tgh besar tu diorang ni..."

    ReplyDelete
  16. JunAina:

    "samalah kita..cuma kdg2 kalut sampai tak dan...tu yg terpaksa pi berbaris kt rnr,kalau time cuti mmg ramai...tp better bwk bekal aina...sokong 100%.."

    ReplyDelete
  17. pergh jalan jalan eh kak. kak, lembah klang kat mana ? klang saya tau la. hehe

    ReplyDelete
  18. Pia, memang tak boleh nak wordless jenis bebel cam cik ina ni.rasa sepi je doniya. amboi selera, nengok budak-budak makan.Harga set yang ada ikan keli tu cam mahal je RM6.50 , dah boleh makan dua kali punya belanja. kat luar biasalah pia, itu yang nak masak sendiri tu ye.

    ReplyDelete
  19. bestnya akak~ hehe

    :) bahagia je kan..

    ReplyDelete
  20. Suffiakmal:

    "lembah klang tu kat klang valley...heeeee.."

    ReplyDelete
  21. Cik Ina Do Do Cheng:

    "a'ah la cik ina..seronok tgk diorang ni makan,alahh biasalah budak2 kan,bukannya reti nak cover2..Biasalah cik ina,kat R&R mmg rega camtu..tu yg kita as a mak ni suka masak2 sendiri kan sbb kita tau sedap ker tak sedap yg penting air tgn kita..."

    ReplyDelete
  22. Cik NurulZaty:

    "Alhamdulillah zaty,kebahagiaan seorg ibu ialah anak2 nya.."

    ReplyDelete
  23. pernah singgah kat R&R tu baru2 ni..memang mahal makanan kat situ..patut la mak2 sedara saya bawak bekal macam kak pia ni.. :)

    ReplyDelete
  24. Mrs.Yie:

    "mimi,kalau ank sorang ok gak..tp kalau ank lima cam akk ni jenuh ler kan.Kalau nk murah amik lauk tak sedap..nak lauk yg sedap sikit tapi mahal pulak...bawa bekal mkn pun puas hati yg penting tk yah berbaris lama dan tercaricari meja kosong...dok ja kat mana2 lapik tikar pun boleh.."

    ReplyDelete
  25. Pia..kalau akak jln jauh dgn mak memang tk perlu risau bila berhenti kat R&R sbb mak mst bawak bekal bagai2...so tk de pengalaman terkena mahal or tak sedap...

    ReplyDelete
  26. Nurul kalo balik kg. mmg akan ikut plus highway. Sebelum balik kg. mmg akan bersarapan dulu...makan heavy breakfast cz tak gemor nak singgah makan kat R&R cz ramai org kat sana.

    Kalo singgah pun...sekadar berenti utk anak2 pergi toilet ajer. Kalo nak balik ke KL pun cenggitu jugak.

    Paling tak suka kalo peniaga kat R&R tu tak ada duit kecik or duit 5 sen. Mesti dia kasik kita cekelat sebiji utk kasik ganti duit 5 sen....entah apa2 jer derang tu...geram betul.

    ReplyDelete
  27. kita serupa..tak pandai wordless2 ni..

    ReplyDelete
  28. wah..nnt leh risik2 kakPia la ye sebab No bakal duk Ipoh Perak la plak..mmm nak cr tempat makan mn yg best2 hehe..

    betul tu kan kak..kadang2 tak puas tunjuk gambo je..nak juga cerita sket2..

    ReplyDelete
  29. sy pon berkira-kira juga kalau nk beli makanan..mestilah suka yg murah n sedap..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...